Advertisements

Bantuan Pendidikan Majlis Ugama Islam Sabah Untuk Sambung Belajar

Advertisements

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mempelawa pelajar yang layak dan berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi dalam negara untuk memohon Bantuan Pendidikan MUIS.

Bantuan pendidikan ini adalah untuk memberi bantuan pembiayaan pelajar terutamanya anak jati Sabah yang tidak berkemampuan dalam pembelian tiket penerbangan sehala serta yuran pendaftaran awal.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Bantuan Pendidikan MUIS ini.

Peringkat Pengajian Yang Ditaja

Peringkat pengajian yang layak untuk menerima bantuan adalah :

  • Sijil
  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Syarat Kelayakan Permohonan

Pelajar yang ingin memohon mestilah memenuhi syarat kelayakan permohonan seperti berikut :

  1. Pelajar merupakan penduduk asal Negeri Sabah.
  2. Pelajar merupakan warganegara Malaysia atau bermastautin tetap.
  3. Pelajar tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.

Cara Memohon

Pelajar yang layak boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://appszakat.sabah.gov.my/index.php.
  2. Anda perlu mendaftar akaun baru sebelum memulakan permohonan.
  3. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  4. Isi borang permohonan.
  5. Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat email [email protected]

Baca juga: Permohonan Bantuan Biasiswa SENHENG Ijazah Sarjana Muda 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan MUIS, sila hubungi 088-279 206/179.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements