Advertisements

MAIWP- Permohonan Bantuan Pendidikan Wakaf Sehingga RM1000

Advertisements

BANTUAN PENDIDIKAN WAKAF ALLAHYARHAM AHMAD DAWJEE DADABHOY

Kenali Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy

Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy adalah seorang insan yang lahir pada 1907 di Gudjerat, India.

Beliau menceburi bidang perniagaan dan telah mengumpul hartanah dan saham.

Pada 24 Januari 1987, Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy telah kembali ke Rahmatullah dan menyatakan hajat beliau untuk memberikan wakaf beliau yang terdiri daripada beberapa harta benda dan juga tabung dana kepada pihak penguatkuasaan agama.

Oleh itu, Pusat Wakaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan bantuan pendidikan wakaf menerusi Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy untuk pelajar yang berkelayakan.

Berikut dikongsikan beberapa info mengenai permohonan Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy.

Baca juga : Permohonan Pinjaman Pendididikan Negeri Pulau Pinang Sesi 2022/2023

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tempoh Permohonan

Permohonan Bantuan Pendidikan Wakaf boleh dibuat mulai :

  • 27 Julai 2022 hingga 4 Julai 2022.

Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh Pusat Wakaf MAIWP :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih Wilayah Persekutuan.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,850.00.
  4. Tidak menerima bantuan pendidikan daripada mana-mana pihak/agensi.
  5. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belajar di sekolah/institusi pendidikan di Wilayah Persekutuan.

Kadar Bantuan

Berikut adalah jumlah bantuan yang diberikan kepada pelajar mengikut peringkat pengajian :

Sekolah RendahRM300
Sekolah MenengahRM400
DiplomaRM800
IjazahRM1000

Cara Permohonan

Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan :

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon hendaklah menyediakan dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon / Sijil Kelahiran bagi pemohon berumur 12 tahun ke bawah
  • Salinan Kad Pengenalan bapa / penjaga
  • Salinan Kad Pengenalan ibu / pasangan penjaga
  • Salinan penyata gaji/akuan sumpah pendapatan/penyata pencen/perkeso bapa/ penjaga
  • Salinan penyata gaji/akuan sumpah pendapatan/penyata pencen/perkeso ibu / pasangan penjaga
  • Salinan bil utiliti/ cukai pintu yang terkini
  • Salinan kad pelajar pemohon (bagi pelajar Institusi Pendidikan)
  • Salinan penyata akaun bank pelajar yang masih aktif / muka depan buku Bank tanpa kad/akaun
  • bersama (bagi pelajar sekolah rendah) / buku akaun persendirian (bagi pelajar sekolah menengah)
  • Sila tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan sekiranya salinan dokumen telah dikemukakan
  • Borang pengesahan maklumat individu bagi bayaran melalui pindahan secara eletronik (EFT)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy, sila layari laman web di pautan ini : https://wakafwilayah.org/

atau

Hubungi MAIWP ditalian : 03-2181 2846 (pejabat), 011-6329 0277 (whatsapp).

Baca juga : Insentif Generasi Muda Selangor, Bantuan Perkahwinan Selangor

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements