Advertisements

Yayasan JCORP- Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022

Advertisements

Bantuan Pendidikan adalah inisiatif  berupa bantuan yuran persediaan awal pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi tahun 2022.

Sumbangan yang diberikan ini adalah berbentuk wang tunai (one-off). Segala permohonan yang diterima akan dibentangkan melalui Jawatankuasa Sumber & Penyaluran Dana Pendidikan Yayasan Johor Corporation.

Bantuan ini diberikan adalah untuk membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa/penjaga terhadap tanggungan yuran pengajian pemohon.

Selain itu, bantuan ini diberikan adalah untuk membela nasib pelajar agar mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa sebarang kesulitan.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai permohonan bantuan pendidikan yayasan Johor Corporation ini.

Baca juga : Permohonan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif 2023 Kini Dibuka

Tempoh Permohonan

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan bantuan pendidikan ini sebelum 28 Julai 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan bantuan pendidikan ini:

  • Permohonan melalui borang digital.
  • Warganegara Malaysia.
  • Permohonan kali pertama (sekali sahaja).
  • Pendapatan isi rumah di bawah B40 (RM4,000 dan ke bawah).
  • Tahap pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda.
  • Institut yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Tawaran pengajian sepenuh masa sahaja.
  • Permohonan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.

Cara Permohonan

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan:

  • Sila layari laman web di pautan berikut:  http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.
  • Tekan butang “Daftar Sekarang”
  • Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul seperti berikut:
    • PROFIL PEMOHON
    • PROFIL KELUARGA PEMOHON
    • PROFIL PENGAJIAN
  • Seterusnya, muat naik dokumen lampiran permohonan.
  • Tekan butang “Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan tersebut.

Lampiran Permohonan

Berikut merupakan lampiran permohonan yang perlu dimuat naik:

  1. Borang kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi.
  2. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  3. Salinan Slip Gaji Ibu, Bapa atau Penjaga dalam satu lampiran.

Nota: Jika tiada slip gaji, sila sertakan surat pengesahan daripada pegawai yang diberi kuasa seperti pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.


Penaja Utama Yayasan JCORP

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation,

Sila hubungi : 07-219 2692 atau

Layari laman web : http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar

Baca juga : Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) USIM 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements