Advertisements

Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang Dalam Dan Luar Negara

Advertisements

Zakat Pulau Pinang mempelawa pelajar yang layak untuk memohon Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang, MAINPP bagi kemasukan dalam dan luar negara.

Bantuan ini bagi membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam negara dan luar negara.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai bantuan ini.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan diberikan mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  1. Sijil / Matrikulasi: RM600
  2. Diploma : RM800
  3. Ijazah : RM1,000
  4. IPT Luar Negara RM2000

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat Kelayakan Asas

  1. Memenuhi syarat-syarat umum permohonan bantuan zakat.
  2. Anak pemohon (pelajar) telah mendapat tawaran untuk belajar di peringkat matrikulasi / asasi / sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja.
  3. Permohonan hanya dipertimbangkan untuk pengajian kali pertama sahaja bagi setiap peringkat.

Syarat Kelayakan Pengajian Dalam Negara

  1. Pemohon  mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.
  2. Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran.
  3. Pemohon hendaklah belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.
  4. Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
  5. Anak pemohon telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.
  6. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

Syarat Kelayakan Pengajian Luar Negara

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1.  Pemohon  mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.
  2. Permohonan untuk tawaran tahun semasa sahaja dan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.
  3. Bagi kes pelajar yang bukan di bawah STAM negeri, ZAKAT PULAU PINANG akan merujuk terus kepada passport pelajar. Hanya lampiran bahagian yang tertera maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk passport semasa dan bagi passport lama, pelajar perlu mengemukakan salinan muka surat terakhir yang telah dicop.
  4. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat
  5. Tempoh kursus hendaklah sekurang-kurangnya setahun.

Had Al Kifayah : Kadar asas keperluan diri dan tanggungan yang minimum yang menentukan tahap kelayakkan penerima zakat dengan mengambil kira perbezaan tempat, masa, keperluan dan keadaan sosio-ekonomi

Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah melalui borang secara atas talian di pautan https://www.zakatpenang2u.com.
  2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.
  3. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja untuk pelajar (anak) yang sama dalam tempoh setahun (tidak melebihi satu IPTA/ IPTS dalam masa setahun mengikut sessi kemasukkan).
  4. Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti kemasukan ke IPTA/ IPTS seperti surat tawaran.
  5. Bagi semua permohonan IPT ZAKAT PULAU PINANG memutuskan merujuk kepada status pelajar tersebut sebagai Fakir/ Miskin, tidak pada waris.
  6. Bagi kursus-kursus persediaan yang beriringan dengan kursus sebenar, ZAKAT PULAU PINANG boleh mempertimbangkannya.

Baca juga: Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Bagi Siswazah Kelas Pertama

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh hubungi Bahagian Institusi & Pendidikan di talian 04-5498088 / 5498167 / 5498168 / 5498165 atau layari laman Zakat Pulau Pinang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements