Berita baik kepada pengantin baharu yang berada di Johor tidak kira anda anak jati Johor atau tidak, anda boleh mendapatkan bantuan sebanyak RM1000 daripada kerajaan Johor.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, bantuan tersebut adalah di bawah insentif Orang Muda Johor (OMJ).
Tambah beliau lagi, RM6 juta diperuntukkan kepada pasangan Islam, manakala RM4juta untuk pasangan bukan Islam. Sejak permohonan dibuka April lalu, 200 pasangan sudah menerima bantuan berkenaan
Secara keseluruhan, kerajaan negeri Johor telah meluluskan dana sebanyak RM10 juta untuk dimanfaatkan oleh semua masyarakat yang tinggal dan berkhidmat di Johor.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan kepada Raja Sehari Johor untuk maklumat bersama.
Kadar Bantuan
Pasangan yang layak bakal mendapat bantuan sebanyak RM1000 untuk menampung perbelanjaan memulakan kehidupan berumahtangga.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan bantuan ini:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Pasangan yang memohon mestilah berumur 40 tahun ke bawah.
- Bermastautin dalam negeri Johor melebihi 3 tahun.
- Perkahwinan kali pertama sahaja dan didaftarkan di Negeri
Johor dari tarikh 14 April hingga 31 Disember 2022. - Pendapatan suami dan isteri berjumlah RM5,000.00 ke bawah
- Permohonan dibuat bermula pada 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 sahaja.
- Pemohon (suami atau isteri) hendaklah hadir sendiri
menghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah. - Satu pasangan layak memohon sekali sahaja bantuan ini.
Cara Memohon
Untuk memohon, sila muat turun borang seperti yang dilampirkan di bawah berserta dokumen yang diperlukan:
Baca juga: Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor Sesi 2 2022
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu disertakan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan (Lelaki dan perempuan)
- Salinan buku bank / penyata bank (Lelaki dan perempuan)
- Salinan surat perakuan nikah (Sijil nikah). Jika surat perakuan nikah hilang, pemohon perlu mendapatkan salinan asal dari Pejabat Kadi Daerah / Pejabat Agama Islam Daerah
- Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu / Ketua Kampung
- Slip gaji suami dan isteri atau pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung atau Penghulu.
Maklumat Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Raja Sehari Johor, sila hubungi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2076330/31/32 atau layari laman web: https://jainj.johor.gov.my/.