Advertisements

Bantuan RM200 Sebulan Selama 6 Bulan Untuk Pesawah

Advertisements

Bantuan RM200 sebulan selama 6 bulan untuk pesawah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan ucapan dalam majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 18 Mei 2022.

Bantuan tersebut adalah bantuan bagi menampung perbelanjaan harian golongan pesawah bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

Bantuan tersebut adalah bagi tiga bulan bagi dua musim. Namun begitu, peruntukan bantuan kepada pesawah itu akan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan diumum Oktober nanti.

Pengumuman tersebut sudah pasti memberikan khabar gembira dan kelegaan kepada golongan pesawah dalam mendepani kemelut peningkatan kos sara hidup dan kadar inflasi makanan yang melanda kini.

Baca juga: [email protected] Sesi Mei 2022: Bantu Graduan Jadi Usahawan

Menurut Perdana Menteri tanpa pesawah, nelayan, petani dan penternak kehidupan kita akan sukar. Bantuan ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak akan lupa jasa, pesawah petani, nelayan dan juga pentenak.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.