Advertisements

Bantuan RM200 Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak

Advertisements

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak adalah satu inisiatif di bawah Yayasan Perak dalam membantu mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi.

Program tabung simpanan pendidikan ini bertujuan memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.

Secara tidak langsung dapat mengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.

Setiap kelahiran akan diberikan insentif yang akan diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program bantuan ini.

Kadar Pemberian

RM200 akan diberikan secara one-off setiap kelahiran anak Perak yang layak dalam bentuk akaun “Simpan SSPN Prime” yang diuruskan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Syarat Kelayakan Bantuan

  1. Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.
  2. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak ; atau
  3. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi SEDANG beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  4. Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak tetapi TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  5. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).
    • Bagi permohonan di para 1.3, dan 1.4, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
    • Bagi permohonan di para 1.5, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.
  6. Pendapatan (isirumah) di bawah RM 5,000 sebulan (mulai 1 Januari 2019).
  7. Sila sertakan SALINAN SIJIL KELAHIRAN atau SALINAN MYKID, SALINAN KAD PENGENALAN (MYKAD) IBU atau BAPA yang lahir di Perak dan SALINAN PENYATA PENDAPATAN (isirumah) yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas. Sekiranya bekerja sendiri, sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing.
  8. Sila sertakan bersama BORANG PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN SIMPANAN (SSPN) yang siap diisi.
  9. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK.
  10. Dokumen yang dihantar tidak akan dikembalikan.PErm

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan sijil kelahiran atau MYKID, kad pengenalan bapa atau ibu yang lahir di Perak.
  2. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing-masing.
  3. Sila sertakan bersama borang permohonan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi.
  4. Surat Sokongan/Perakuan – ADUN / Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

Baca juga: [email protected]: Program Keusahawanan Graduan Fasa 3

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di pautan di bawah:

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka sepanjang tahun.

Maklumat Lanjut

Sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-2552929 untuk
sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai
bantuan ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.