Bantuan RM200 untuk pesawah selama 6 bulan sementera menunggu hasil tuai yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru adalah untuk pesawah yang berdaftar sahaja.
Hanya pesawah yang berdaftar dengan Pejabat Pertanian akan menerima bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan sementara menunggu hasil tuaian, kata
Justeru, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menggalakkan pesawah yang belum berdaftar diminta segera menghubungi Pejabat Pertanian berdekatan serta melengkapkan pendaftaran mereka bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan itu nanti.

Bantuan tersebut adalah bantuan bagi menampung perbelanjaan harian golongan pesawah akibat kos sara hidup yang semakin meningkat dan kadar inflasi makanan yang melanda kini.
Bantuan itu telah dibincangkan bersama Kementerian Kewangan dan akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang dijangka dibentangkan Oktober depan.
Ini membuktikan kerajaan sangat prihatin dengan nasib golongan barisan hadapan seperti pesawah bagi menyediakan bekalan makanan mencukupi, terutama beras untuk keperluan negara.