Advertisements

Bantuan RM3,000 Secara One-off Bagi Usahawan Terkesan Banjir Di Baling

Advertisements

Rentetan banjir yang melanda Baling, Kedah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan geran RM696,000 kepada usahawan terjejas banjir dan kepala air.

Tekun, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Baling mengenal pasti seramai 232 usahawan terjejas.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, kementerian akan mengagihkan geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) tersebut kepada usahawan informal dan mikro yang akan menerima RM3,000 seorang.

Pengagihan akan dibuat melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).

Bantuan geran ini sebagai tanda bantuan bagi mangsa terjejas sekali gus meringankan beban yang ditanggung usahawan akibat kerosakan harta dan tempat tinggal.

Keadaan banjir yang berlaku di Baling, Kedah

Jenis Bantuan

Berikut merupakan jenis-jenis bantuan yang bakal diperoleh oleh usahawan dan institusi terlibat yang terjejas di Baling, Kedahseperti diumumkan oleh Tan Sri Noh Omar.

  1. Mangsa yang layak terdiri daripada warganegara Malaysia menerima RM3,000 secara one-off tanpa perlu dibayar balik.
  2. Moratorium sehingga enam bulan, pengeluaran 50 peratus simpanan, menyediakan pembiayaan pemulihan jika perlu dengan moratorium sehingga tiga bulan dan penjadualan semula pembiayaan dari Tekun Nasional.
  3. Dana zakat SME Bank berjumlah RM25,000 untuk 50 mangsa banjir
  4. Dana RM110,000 daripada Bank Rakyat dan Rakyat Holdings kepada masjid, surau, sekolah serta 60 orang pelanggan Bank Rakyat yang terjejas banjir.

Baca juga: KWSP Lancar i-Lindung, Produk Insurans Dan Takaful Daripada KWSP

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements