Advertisements

Bantuan RM30,000 Untuk Koperasi Yang Terjejas Banjir

Advertisements

Bantuan RM30,000 untuk koperasi yang terjejas banjir akan diberikan kepada mereka yang layak melalui peruntukan sebanyak RM1 juta yang disediakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata bantuan itu bukan sahaja untuk premis koperasi yang terjejas akibat banjir sahaja, tetapi juga untuk membiayai kerosakan dan kerugian prasarana di tapak pertanian, perladangan dan penternakan yang diusahakan oleh koperasi yang terjejas.

Beliau turut mengumumkan insentif pengurangan pemindahan Kumpulan Wang Rezab Statutori (KWRS) untuk koperasi daripada 15 peratus kepada lapan peratus daripada untung bersih teraudit selepas pelarasan operasi.

Pengurangan sebanyak 7 peratus itu akan dimanfaatkan untuk memulihkan perniagaan koperasi yang terjejas.

SKM turut membenarkan koperasi di negeri-negeri yang terjejas dengan banjir untuk menangguhkan pengauditan akaun koperasi disebabkan kemusnahan dokumen perakaunan akibat banjir.

Penangguhan ini berkemungkinan koperasi juga terpaksa menangguhkan mesyuarat agung tahunan ke satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian.

Baca juga: Cara Mohon Penangguhan Bayar Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kadar Bantuan Dan Insentif

Antara bantuan dan insentif diberikan kepada koperasi yang terjejas banjir adalah seperti berikut:

  1. Bantuan RM30,000 untuk koperasi yang terjejas banjir bagi membiayai kerosakan dan kerugian prasarana.
  2. Pengurangan pemindahan Kumpulan Wang Rezab Statutori (KWRS).
  3. Penangguhan Audit akaun koperasi di negeri-negeri terjejas banjir.

Tarikh Bantuan Dan Insentif

Inisiatif itu diberikan kepada koperasi mulai tahun kewangan 31 Disember 2021 sehingga 30 November 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila layari laman rasmi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau emel secara terus kepada kami di [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.