Advertisements

Bantuan Sara Diri & Kecemasan Mahasiswa Perak 2022

Advertisements

Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Perak 2022 diwujudkan khusus bagi pelajar kelahiran Perak untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menampung kos perbelanjaan harian sewaktu menjalani pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT). .

Bantuan ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak terhadap kebajikan Mahasiswa Perak dalam membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.

kini dibuka untuk permohonan. Pelajar kelahiran Perak yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon secara atas talian.

Jenis-Jenis Bantuan

Bantuan ini terbahagi kepada 2 jenis bantuan yang akan disalurkan kepada mahasiswa anak Perak:

1. BANTUAN SARA DIRI

a) Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.

b) Bantuan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semestar atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermaustatin di Negeri Perak lebih 10 tahun.

2. BANTUAN KECEMASAN

a) Bantuan khas sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan  beban yang ditanggung.

b) Contoh-contoh bencana atau musibah:

i. Kemalangan,
ii. Kebakaran,
iii. Kematian Ibu / Bapa / Penjaga,
iv. Kecurian,
v. Bencana alam (Banjir / Ribut / Tanah Runtuh),
vi. Penyakit kronik.

Kadar Bantuan

KategoriNilai Bantuan (setahun)
Bantuan Sara DiriRM700
Bantuan Kecemasan  RM300 – RM1,000(Mengikut Bencana/Musibah)

Baca juga: Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Diri

Syarat kelayakan bagi bantuan sara diri adalah seperti di bawah:

  1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
    1. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
    2. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
    3. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
    4. Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  5. Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
  6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.
  7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.
  8. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).

Syarat Bantuan Kecemasan

Syarat kelayakan bagi bantuan kecemasan adalah seperti di bawah:

  1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
    1. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
    2. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
    3. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
    4. Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  5. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga)
  6. Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian)

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon:

  1. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
  2. Salinan kad pelajar.
  3. Salinan penyata akaun bank pelajar.
  4. Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
  5. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).
  6. Salinan Laporan Polis / Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).
  7. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.
  8. Borang Permohonan:
    1. Sokongan – Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.
    2. Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Wakil Rakyat/ Pemimpin Tempatan /Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

9. Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung

Cara Memohon Bantuan Sara Diri & Kecemasan Mahasiswa Perak

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui portal di bawah:

1. MOHON BANTUAN SARADIRI MAHASISWA SECARA ONLINE
2. MOHON BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA SECARA ONLINE

atau

permohonan juga boleh dibuat dengan muat turun Borang Permohonan Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak atau boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak,  Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka secara atas talian mulai 1 April 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Semak Status Permohonan

Bagi pemohon yang telah membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan anda di https://hestechperak.com/statuspermohonan/

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi nombor di talian 05-2538600 atau 05-2095000 atau layari laman rasmi Yayasan Perak.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements