Advertisements

Bantuan Sara Hidup Mahasiswa N. Sembilan Dinaikkan RM150

Advertisements

Bantuan Sara Hidup Yayasan Negeri Sembilan akan dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 menjadikan mahasisiwa negeri itu akan mendapat bantuan RM1,800 setahun berbanding RM1,200 sebelum ini.

Kenyataan ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di Majlis Penyerahan Sumbangan dan Mesyuarat Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan ke-160 di Pejabat Yayasan Negeri Sembilan.

Bantuan yang akan disalurkan melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) itu dinaikkan selepas mengambil kira kenaikan harga barang sehingga terdapat laporan bahawa ada segelintir mahasiswa yang tidak cukup wang belanja sehingga ada yang terpaksa berlapar.

Tarikh Kuatkuasa Kadar Baharu BSH

Jumlah kenaikan bantuan yang terbaharu ini akan diterima mahasiswa mulai September 2022.

Baca juga: Permohonan Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan 2022

Syarat Kelayakan Bantuan

Pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan di bawah layak untuk mendapatkan bantuan ini:

  1. Pemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja.
  2. Sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil tamat berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5.
  3. Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sahaja.
  4. Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semester 2 ke atas (tahun akhir tidak layak memohon).
  5. Pemohon perlulah mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank ditolak).
  6. Ibu bapa pemohon tergolong dalam kategori kumpulan B40 terkini.
  7. Borang pengesahan mestilah dimuat turun menerusi laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat DUN/wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).
  8. Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat DUN/wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.

Cara Memohon

Pelajar yang layak boleh membuat menerusi langkah-langkah di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari pautan permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan
  2. Klik butang ‘Next.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next’ pada setiap akhir paparan.
  4. Muat naik dokumen sokongan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan:

  1. Borang pengesahan Pejabat Dun/Pejabat Penyelaras Dun.
  2. Borang Akuan Pengesahan Pendapatan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan, sila layari laman web YNS iaitu https://www.yns.gov.my/v7/ms.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.