Advertisements

Bantuan Skim Tanaman Lada Baru dan Lada Matang 2022

Advertisements

Bantuan Skim Tanaman Lada Baru dan Lada Matang 2022 kini dibuka untuk permohonan.

Berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan bagi kedua-dua kategori iaitu lada baru dan lada matang.

Syarat-Syarat Permohonan Skim Tanaman Lada

Syarat-syarat kelayakan bagi permohonan skim tanaman lada:

Syarat Permohonan Bagi Skim Tanaman Lada Baharu

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;
  3. Mengusahakan tanaman lada baharu yang berusia di bawah tiga (3) tahun;
  4. Tidak menerima bantuan untuk Skim Tanaman Lada Matang;
  5. Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Temporary Occupation License); dan
  6. Pekebun yang pernah menerima bantuan di bawah skim yang sama dalam Rancangan Malaysia (RMK) yang sama, layak dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun kedua beliau menerima bantuan.
  7. Penerima bantuan di bawah RMK terdahulu layak memohon.

Syarat Permohonan Bagi Skim Tanaman Lada Matang

  1. Warganegara Malaysia;  
  2. Mengusahakan tanaman lada matang berusia tiga (3) tahun dan ke atas;  
  3. Tidak menerima bantuan untuk Skim Tanaman Lada Baharu;  
  4. Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Temporary Occupation License); dan  
  5. Pekebun yang pernah menerima bantuan di bawah skim yang sama dalam Rancangan Malaysia (RMK) yang sama, layak dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun beliau menerima bantuan.  
  6. Penerima bantuan di bawah RMK terdahulu layak memohon.

Baca juga: Bantuan Musim Tengkujuh Pekebun Kecil 2022

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan bagi bantuan ini adalah pada atau sebelum 30 Jun 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon Skim Tanaman Lada

Pekebun yang berminat boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang di portal rasmi Lembaga Lada Malaysia atau dapatkan secara percuma dari semua Pejabat Wilayah atau Cawangan Lembaga Lada Malaysia.

Borang permohonan serta dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dimuatnaik secara atas talian atau dikemukakan ke Pejabat Wilayah atau Lembaga Lada Malaysia yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan muka hadapan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan belakang kad pengenalan pemohon
  3. Salinan muka hadapan kad pengenalan pasangan
  4. Salinan belakang kad pengenalan pasangan

Makluma Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan skim tanaman lada yang ditawarkan, sila layari laman media sosial rasmi Lembaga Lada Malaysia.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.