Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Untuk Pelajar KYPJ Sesi 1/2022 kini dibuka. Pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor yang berkelayakan dialu-alukan untuk kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup.
Jenis bantuan yang ditawarkan kepada pelajar yang layak dan berjaya dalam permohonan adalah seperti berikut:
- Sara Diri
- Keperluan Pengajian / Peralatan
- Kos Rawatan / Perubatan
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi oleh pelajar yang berminat adalah seperti berikut:
- Merupakan pelajar KPYPJ
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 3,500
- Pelajar yang telah mendapat tajaan PTPTN hanya layak memohon Bantuan Sara Diri
- Pelajar yang telah mendapat tajaan YPJ hanya layak memohon Bantuan Keperluan Pengajian/Peralatan.

Baca juga: 28 Initiatif Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022
Tarikh Permohonan
Permohonan Bantuan Tabung Amanah KPYPJ bagi sesi 1/2022 dibuka dari 10 April sehingga 10 Mei 2022.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:
Permohonan Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Untuk Pelajar KYPJ Sesi 1/2022
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Tabung Amanah KPYPJ, sila layari laman rasmi Kolej Yayasan Pelajaran Johor atau hubungi talian di bawah:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Puan Shuhaida 013 – 724 7409
- Fiqa 013 – 755 6348