Advertisements

Permohonan Bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT Johor (TPSPDT)

Advertisements

Tabung Pendidikan Sarjana PDT telah diperkenalkan sejak tahun 2016 bertujuan membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.

Program bantuan ini digerakkan oleh Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Untuk makluman, bantuan ini akan diberikan secara one-off kepada calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Baca juga : Yayasan JCORP- Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022

Tempoh Permohonan

Permohonan boleh di buat mulai 1 Julai hingga 31 Julai 2022

Syarat Permohonan

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dibawah ini:

  1. Terbuka kepada pelajar peringkat pengajian Sarjana yang sedang menjalankan kerja kursus / penyelidikan / campuran secara sepenuh atau separuh masa di Universiti Awam sahaja;
  2. Pemohon mestilah anak kelahiran negeri Johor / menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
  3. Tiada had umur;
  4. Bagi pemohon yang tidak bekerja dan sekiranya pemohon / keluarga berdaftar dengan ‘e-kasih’ maka pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Daerah berhampiran;
  5. Pendapatan isi rumah pemohon yang sedang bekerja haruslah tidak melebihi RM4,360.00 sebulan (B40);
  6. Tempoh pengajian Sarjana (Master) :
    1. Bagi pengajian empat (4) semester, tempoh pengajian mestilah berbaki lebih dua (2) semester dari tempoh permohonan;
    2. Bagi pengajian dua (2) semester, tempoh pengajian mestilah berbaki satu (1) semester dari tempoh permohonan.
  7. Pemohon belum pernah menerima Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau bantuan dari mana-mana institusi / agensi / Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA).
  8. Penerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT adalah diwajibkan untuk menyertai program yang melibatkan penyelidikan, pendidikan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran PDT selama (5) lima tahun iaitu dari tarikh bantuan di terima.

Cara Permohonan

  1. Sila layari laman web di pautan berikut: https://www.pdt.com.my/tpspdt2022/
  2. Klik butang “Borang Permohonan” dan muat turun borang permohonan tersebut.
  3. Sila isi maklumat yang di minta dengan tepat dan betul.
  4. Selesai isi maklumat yang di minta, hantarkan ke emel berikut [email protected]

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi pemohon yang bermastautin/menetap di Negeri Johor, sila sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Dokumen sokongan pemohon menetap di Negeri Johor (Kad Pengenalan/ Sijil Tamat sekolah rendah & menengah/ Borang Pengesahan Pemastautin)
  2. Salinan sah surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam
  3. Salinan sah Kad Pengenalan pemohon, ibu bapa/ penjaga dan pasangan (jika berkahwin)
  4. Salinan slip gaji pemohon (jika berkahwin- Slip gaji pasangan), slip gaji ibu bapa/ penjaga
  5. Salinan surat akuan sumpah bagi ibu bapa/ penjaga yang tidak mempunyai slip gaji
  6. Salinan transktip Akademik/ Keputusan Peperiksaan terkini
  7. Sijil penyertaan program/ aktiviti di peringkat negeri (jika ada)

Nota : Semua dokumen di atas perlu mendapat pengesahan daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut sila ke laman web Permodanan Darul Ta`zim di pautan berikut https://www.pdt.com.my/

Baca juga : Permohonan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif 2023 Kini Dibuka

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements