Advertisements

Bantuan Tambahan BKM Untuk Ibu Atau Bapa Tunggal Dan Warga Emas

Apakah Itu BKM?

Advertisements

Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menawarkan Bantuan Tambahan BKM kepada mereka yang layak menerima bantuan tambahan BKM sekiranya layak.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat mengenai Bantuan Tambahan BKM.

Baca juga : BKM: Cara Mohon Skim Khairat Kematian RM1000 BKM Tahun 2022

Waktu Pembayaran BKM

Untuk tarikh pembayaran BKM bagi Fasa 2 adalah pada :

  •  Bulan Jun 2022

Kadar Bantuan Tambahan BKM

Kadar jumlah bantuan tambahan BKM adalah sebanyak maksimum RM2,000.

Tetapi jika isi rumah yang berkelayakan dan menepati syarat BKM akan mendapat jumlah bantuan tambahan sebanyak maksimum RM2,500.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • RM500 diberikan kepada isi rumah berstatus IBT yang mempunyai anak yang menepati syarat, ATAU
  • RM300 diberikan kepada penerima isi rumah bestatus warga emas.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan :

  1. Pemohon adalah seorang penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.
  2. Pemohon adalah seorang penerima kategori isi rumah berstatus warga emas.

Semakan Permohonan BKM

Untuk membuat semakan status BKM, ikuti langkah-langkah dibawah :

  1. Layari laman sesawang BKM di pautan berikut : https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  2. Log masuk No Kad Pengenalan / ID Pengguna.
  3. Klik pada butang semakan status untuk semak status permohonan.
  4. Status permohonan berserta jumlah bayaran bantuan diluluskan akan dipaparkan.

Nota :  Jumlah wang BKM Tambahan akan dipaparkan seperti dalam anak panah merah pada gambar di bawah ini, jika tiada sebarang mengenai maklumat BKM Tambahan seperti paparan gambar di bawah, bermakna anda tidak layak untuk menerima BKM Tambahan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang BKM atau hubungi di talian berikut:

Sebarang maklumat lanjut mengenai BKM Tambahan, sila layari pautan berikut https://bkm.hasil.gov.my/ atau hubungi nombor talian dibawah :

  • Hotline BKM MOF : 03-8882 4565 / 4566.
  • Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747.

Baca juga : BKM 2022: Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.