Advertisements

Bantuan Tambahan RM100 Dana Didik Johor

Advertisements

Dana Didik Johor adalah satu inisiatif di bawah Yayasan Pelajaran Johor dalam membantu mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi.

Program tabung simpanan pendidikan ini bertujuan memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.

Secara tidak langsung dapat mengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.

Setiap kelahiran akan diberikan insentif yang akan diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program bantuan ini.

Kadar Bantuan Anak Didik Johor

RM100 akan diberikan secara one-off setiap kelahiran bayi di negeri Johor yang layak dalam bentuk akaun “Simpan SSPN Prime” yang diuruskan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Syarat Kelayakan Bantuan

Di antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Bayi yang lahir di Negeri Johor  mulai 01hb Januari 2022;
  2. Ibu dan Bapa Kandung adalah warganegara Malaysia (Keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor);
  3. Pendapatan ibu DAN bapa di bawah RM7,000 sebulan;

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka sepanjang tahun 2022. Permohonan akan ditutup pada 31 Disember 2022.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Isi borang pra-pendaftaran Dana Didik Johor.
  2. Isi borang permohonan (di akhir pra-pendaftaran)
  3. Lengkapkan borang dan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang dan dokumen yang lengkap melalui emel ke [email protected] ATAU dihantar ke pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor.

Baca juga: Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana Johor

Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang perlu dihantar:

  1. Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i
  2. Salinan sijil kelahiran bayi
  3. Salinan slip gaji ibu & bapa (jika ada)
  4. Borang pengesahan pendapatan YPJ (jika ibu atau bapa tiada slip gaji)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi 07-2344355/019-7397355 atau emel ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.