Advertisements

Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT Dalam & Luar Negara

Advertisements

Untuk makluman, bantuan tambang penerbangan ini diberikan adalah untuk membantu para pelajar yang telah tamat pengajian dan ingin pulang ke tanah air tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi dan membiayai kos penerbangan para pelajar yang terlibat dengan program khas tajaan MAIDAM.

Oleh itu pelajar yang memenuhi syarat yang dikehendaki dan ingin membuat permohonan hendaklah membuat permohonan perlu dibuat dan dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat pengajian.

Di bawah dikongsikan maklumat lanjut mengenai terma dan syarat permohonan bantuan.

Baca juga: Geran Bantuan Pelajar Bagi Pelajar IPT Kelahiran Pahang

Kadar Bantuan

Kadar bantuan penerbangan yang akan diberikan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM adalah seperti berikut:

  • Penerbangan ke Sarawak/Sabah/Indonedsia : RM400
  • Lain-lain negara : RM1,500

Syarat Permohonan Bantuan

Antara syarat-syarat bantuan tambang penerbangan pelajar ke IPT adalah :

  1. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  3. Permohonan perlu dibuat dan dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tamat pengajian.
  4. Tahap pengajian yang akan dipertimbang hanya Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  5. Bagi pelajar luar negara,mestilah tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran, tajaan,mahupun terlibat dengan program tajaan khas YPM atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan lain.
  6. Bagi pelajar dalam negara, hanya yang menuntut di negeri Sabah & Sarawak dan tidak mempunyai apa-apa pembiayaan (kecuali persendirian atau pinjaman PTPTN) sahaja yang layak dipertimbangkan.
  7. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
  8. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
  9. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  10. 10.Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat manamana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
  11. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah senarai semak dokumen yang diperlukan :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Salinan sijil ijazah asal/ sementara (Syahadah Muaqqatah).
  2. Salinan surat pengesahan tamat belajar dan pengesahan status pembiayaan pengajian sepanjang tempoh pengajian.
  3. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
  4. Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.
  5. Salinan asal tiket kapal terbang.
  6. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut turut.
  7. Salinan sijil kematian/ cerai (jika berkaitan).
  8. Slip permohonan

Cara Memohon

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon bantuan tambang penerbangan seperti:

  1. Layari laman web di http://yp.maidam.gov.my/iptonline/
  2. Sila klik daftar di “Daftar Pengguna”.
  3. Isi maklumat yang diperlukan di dalam “Daftar Pengguna”
  4. Seterusnya klik ‘Simpan”.
  5. Kemudian pergi ke laman utaman dan masukkan No. Mykad dan Kata Laluan.
  6. Kemudian klik daftar masuk.
  7. Sila isi maklumat peribadi yang diperlukan kemudian simpan.
  8. Setelah selesai cetak slip permohonan bantuan dan slip tersebut perlu dibuat pengesahan oleh Amil Zakat/ Mpkk/Pengerusi Masjid/ Penghulu/ Yb.

Nota : Ikuti panduan permohonan di -SINI

Info Lanjut

Untuk mendapatkan pelbagai info mengenai Bantuan Penerbangan sila ke Yayasan Pendidikan MAIDAM di alamat :

  • 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐈𝐃𝐀𝐌
    Lot 9 & 10 Tingkat 1,
    Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,
    20100 Kuala Terengganu,
    Terengganu Darul Iman.
  • No. Tel : 09-6223500 / 096225600

Baca juga : Geran Bantuan Pelajar Bagi Pelajar IPT Kelahiran Pahang

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.