Advertisements

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI) Sehingga RM2,000

Advertisements

Bantuan tunai pendaftaran IPT secara one off (BUDI) merupakan bantuan khas daripada kerajaan negeri Sabah kepada pelajar negeri Sabah yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Matrikulasi, Diploma, Foundation dan juga Ijazah Sarjana Muda.

Peruntukan sebanyak RM12 juta telah diumumkan bagi tujuan bantuan ini untuk membantu meringankan beban pelajar Sabah khususnya dari keluarga B40 dan M40 bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI).

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada pelajar IPT yang berkelayakan secara one-off pada kadar berikut:

  • Diploma/ Asasi dan Matrikulasi : RM 1,500
  • Ijazah Sarjana Muda : RM 2,000

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan bantuan ini:

  • Pelajar melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS tahun 2022 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah,Sarawak dan Semenanjung Malaysia) serta diiktiraf oleh kerajaan.
  • Merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun
  • Melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma/Asasi/Matrikulasi atau Ijazah Sarjana Muda.
  • Ibu bapa pemohon atau penjaga tergolong dalam kategori B40 atau M40 dengan pendapatan RM 5,000 ke bawah.
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain tidak layak mendapat bantuan BUDI.
  • Pemohon bantuan BUDI hendaklah mendapatkan pengesahan kemasukan (telah mendaftar) dari IPT masing-masing.

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off ini sudah dibuka pada awal bulan Jun 2022. Pemberian bantuan dijangka akan bermula pada penghujung tahun 2022.

Cara Memohon Bantuan Pendaftaran IPT BUDI

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi di https://budi.sabah.gov.my/

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Tawaran Biasiswa TNB Prime 2022 Dibuka Mulai 1 Jun

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk memohon Bantuan Pendaftaran IPT secara one off ini:

  • Salinan surat beranak (Pemohon dan Ibu bapa / penjaga)
  • Salinan kad pengenalan (Pemohon dan ibu bapa / penjaga)
  • Salinan slip gaji ibu bapa / penjaga (jika bekerja) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah / Ketua Kampung
  • Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.
  • Salinan muka penyata akaun pemohon

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai Bantuan Tunai Pendataran IPT (BUDI) boleh hubungi talian 088 369 865 / 088 369 890 / 088 369 872 atau layari https://mttk.sabah.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.