Advertisements

Kerajaan Selangor Umum Bantuan Wang Ihsan RM10,000 Kepada Mangsa Banjir

Advertisements

Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan bantuan wang ihsan bencana kepada semua penduduk yang terkesan akibat banjir di negeri itu melalui usaha Selangor Bangkit dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata mana-mana keluarga mangsa yang kehilangan nyawa dalam tragedi banjir baru-baru ini akan diberi bantuan ihsan sebanyak RM10,000.

Bantuan tersebut meliputi bantuan RM1,000 kepada setiap keluarga yang terkesan akibat banjir tersebut, bantuan pembersihan kawasan perumahan serta pemulihan infrastruktur yang mengalami kerosakan serta bantuan kesihatan.

Bukan sahaja untuk mereka yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), malah termasuk juga mereka yang tinggal di kediaman sendiri, menumpang di rumah saudara mara atau di PPS yang tidak didaftarkan turut serta mendapat bantuan RM1,000 ini.

Baca juga: Setiap Ketua Isi Rumah Yang Terjejas Banjir Akan Diberi Bantuan RM1000

Ini bermakna, mereka yang terjejas akibat banjir adalah layak untuk mendapat bantuan ini.

Datuk Seri Amirudin Shari turut mengakui bahawa RM1,000 itu adalah jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan nilai kerugian yang dialami oleh mangsa banjir.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Antara bantuan lain yang turut diumumkan adalah bantuan kesihatan, pengecualian bil air selama sebulan, penangguhan pinjaman kepada usahawan Hijrah Selangor serta pungutan sisa pepejal.

Pada sidang media sama, Datuk Seri Amirudin turut mengumumkan pelancaran Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit bagi memudahkan individu, syarikat swasta, korporat atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta mana-mana individu yang ingin menderma dalam membantu proses pemulihan banjir di negeri itu.

Rujuk video penuh dibawah:

Sumber: ASTRO AWANI

Baca juga: Bantuan Banjir: Beri Pengecualian Bil Air Dan Elektrik Kepada Mangsa

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.