Advertisements

Cara Mohon Bantuan Zakat Pelajar UTHM SEM 1 2022/2023

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Zakat bagi pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi Semester 1 Tahun 2022/2023 kini dibuka.

Kepada pelajar yang berminat dan memenuhi syarat permohonan boleh membuat permohonan secara atas talian di pautan https://docs.google.com/forms

Ikuti perkongsian info lanjut mengenai Bantuan Zakat UTHM di bawah ini.

Baca juga : Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) 2022 Kini Dibuka

Tarikh Permohonan

Pelajar UTHM yang berminat serta memenuhi syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan zakat bermula :

  • 15 Ogos 2022 hingga 3 November 2022

Kategori Bantuan Zakat

Terdapat 2 jenis kategori bantuan zakat yang ditawarkan untuk pelajar UTHM iaitu:

  1. Bantuan Sara Diri
  2. Bantuan Yuran Pengajian

Berikut terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak Zakat UTHM mengikut kategori bantuan :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

1. BANTUAN SARA DIRI

Syarat Permohonan :

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia/pemastautin tetap.
  • Mod pengajian sepenuh masa.
  • Terbuka kepada pelajar Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, dan PhD.
  • Kategori B40.
  • Pelajar aktif berdaftar.
  • Tapisan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jawatankuasa Zakat Peringkat Universiti.

2. BANTUAN YURAN PENGAJIAN

Syarat Permohonan :

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia/pemastautin tetap.
  • Mod pengajian sepenuh masa.
  • Terbuka kepada pelajar Diploma, Sarjana Muda, dan Sarjana.
  • Kategori B40.
  • Tajaan disekat/tajaan tamat tempoh (lanjutan semester)/gagal mendapatkan tajaan.
  • Tapisan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jawatankuasa Zakat Peringkat Universiti.

Tatacara Permohonan

Pelajar boleh membuat permohonan secara online dengan mengikut cara-cara dibawah :

  1. Sila layari laman sesawang permohonan di pautan berikut https://docs.google.com/forms
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. Tekan butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
  4. Kemudian cetak borang permohonan tersebut.
  5. Bawa borang permohonan beserta dokumen sokongan ke sesi temu bual yang diadakan.

Dokumen Yang Diperlukan

DOKUMEN WAJIB

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Matrik, sekiranya tiada KAD Matrik pemohon perlu lampirkan salinan Surat Tawaran
  • Salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan atau penyata pendapatan yang telah disahkan oleh Ketua Kampung atau Pegawai Daerah
  • Salinan keputusan peperiksaan semester terkini
  • Salinan penyata kewangan pelajar/SMAP
  • Lain-lain bukti yang menyokong permohonan

  DOKUMEN TAMBAHAN (JIKA ADA)

  • Salinan Laporan Kesihatan/ Kad OKU (Jika Berkenaan)*
  • Salinan Sijil Perakuan Perceraian ibubapa (Jika Berkenaan)*
  • Salinan Sijil Kematian Ibubapa/ Penjaga (Jika Berkenaan)*

Jadual Sesi Temu Bual

Berikut adalah info lanjut mengenai jadual sesi temu buat yang akan diadakan :

KampusTarikhTempatMasa
Kampus Pagoh25/10/2022-
27/10/2022
Bilik Mesyuarat
3 dan 4
9.30 pagi hingga
4.00 petang (Selasa-Khamis)
Kampus Induk30/10/2022-
03/11/2022
Ruang Bacaan
MSI UTHM
9.00 pagi hingga 4.30 petang (Ahad-Rabu)
9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari (Khamis)

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi pihak admin di Facebook Zakat UTHM.

Baca juga : Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) 2022 Kini Dibuka

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.