Advertisements

Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2022 Bagi Anak Kakitangan UKM

TAWARAN BANTUAN PERSEDIAAN PENGAJIAN TINGGI ZAKAT UKM BAGI ANAK KAKITANGAN UKM TAHUN 2022

Advertisements

Dimaklumkan Zakat Universiti mempelawa kepada semua warga kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2022.

Bantuan ini khusus buat anak-anak Kakitangan UKM sahaja yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil.

Bagi anak-anak warga kakitangan UKM yang memenuhi syarat permohonan yang disediakan oleh pihak zakat UKM, boleh buat permohonan melalui atas talian.

Disini dikongsikan info lanjut tentang permohonan Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2022 Bagi Anak Kakitangan UKM.

Baca juga : Permohonan Zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Sem 3 Sesi 2021/2022

Tarikh Permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan mulai 12 Julai hingga 15 Oktober 2022.

Kadar Bantuan

Bantuan hanya diberikan sekali sahaja sepanjang pengajian mengikut peringkat pengajian. Berikut adalah jumlah bantuan yang diberikan:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • IJAZAH SARJANA MUDA – RM 1,000.00
  • DIPLOMA/ ASASI/ MATRIKULASI – RM 700.00
  • SIJIL – RM 500.00

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu di penuhi oleh pemohon seperti:

  • Warga Kakitangan UKM
  • Beragama Islam
  • Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah
  • Anak yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil
  • Bagi kemasukan Semester 1 Tahun 1 pengajian

Dokumen Yang Perlu Dimuatnaik

Berikut adalah dokumen wajib yang perlu dimuatnaik bersama dengan borang permohonan seperti:

  • Pendapatan pemohon dan pasangan sebulan (Penyata Gaji/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja Suri Rumah)
  • Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan
  • Sijil Kematian (Jika berkenaan)
  • Sijil Cerai (Jika Berkenaan)
  • Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)
  • Surat Tawaran Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi

Cara Permohonan

Permohonan perlu dibuat melalui atas talian di pautan berikut  https://zakat.ukm.my/

Pastikan pemohon mengisi semua maklumat tanggungan termasuk pasangan di ruang yang disediakan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian : 03-8921 4225 (Bangi) atau emel ke : [email protected]

Baca juga : Tawaran Biasiswa Innovalues 2022 Bagi Pelajar Ijazah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.