Advertisements

Bayar Taksir Zakat & Berpeluang Memenangi Pelbagai Hadiah Menarik

Advertisements

Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) bagi menggalakkan masyarakat mentaksir sendiri jumlah zakat perlu ditunaikan.

Kempen Bulan Taksir Zakat ini bermula pada 15 Jun 2022 hingga 31 Julai 2022 ini secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat supaya tahu jumlah sebenar zakat yang ditunaikan.

Maksud Taksir Zakat

Maksud Taksir Zakat adalah setiap individu perlu mengemukakan maklumat pendapatan masing-masing bagi tujuan taksiran zakat.

Objektif

  1. Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
  2. Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
  3. Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
  4. Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
  5. Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.

Jenis Zakat Harta

Berikut merupakan beberapa zakat harta seperti :

  1. Zakat Saham & Pelaburan
  2. Zakat Perniagaan
  3. Zakat KWSP
  4. Zakat Simpanan

Baca juga : MyPAC & Zakat Pulau Pinang Tawar Tajaan Program Perakaunan Profesional

Bagi pengeluar zakat yang memuat turun aplikasi Zakat Selangor dan membuat taksiran zakat seterusnya menunaikan zakat melalui pelbagai saluran pembayaran disediakan, berpeluang menyertai peraduan “Jom Taksir Zakat” dan memenangi hadiah menarik.

Taksir Zakat Sekarang & Tebus Baucer!

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat taksir zakat dan menebus baucer KFC :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

1) Muat Turun Dan Log Masuk

  1. Muat turun aplikasi mudah alih “ZakatSelangor” di :
  2. Kemudian, Daftar dan Log Masuk ke akaun anda.

2) Taksir Dan Simpan

  • Gunakan fungsi “Taksir” di dalam aplikasi ZakatSelangor.
  • Kemudian buat taksiran mengikut jenis-jenis zakat harta.
  • Kemudian “Simpan Taksir Zakat’

3) Dapatkan Baucar KFC Bernilai RM5!

  • Tebus baucer di cawangan LZS yang berdekatan dengan anda bererta bukti taksiran anda.

Nota : *Selagi stok masih ada dan promasi ini mengikuti garis panduan syariah penganjur peraduan zakat, Lembaga Zakat Selangor.

Tempoh Pelancaran Bulan Taksir Zakat

  • Bermula 15 Jun 2022 hingga 31 Julai 2022

Bayar Zakat & Berpeluang Menang Hadiah

Apabila anda membuat pembayaran Zakat pada tempoh pelancaran Taksir Zakat ini, anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti :

  • Yamaha Lagenda 115z F
  • Nintendo switch OLED
  • Smart Watch Garmin
  • Galaxy Tab AB

Nota : Sila rujuk infografik dibawah ini.

Terma & Syarat

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan :

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia KECUALI warga kerja LZS.
  • Untuk menyertainya, peserta hendaklah mematuhi peraturan berikut:
    1. Kelayakan menyertai cabutan pemenang kempen Jom Taksir Zakat:
      • Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor.
      • Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
      • Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
      • Membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.
        • Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.
        • Setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja.
    2. Kelayakan penebusan baucar selepas Taksiran Zakat:
      • Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor.
      • Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
      • Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
      • Tangkap layar bukti taksiran dan tunjukkan di mana-mana cawangan LZS berdekatan.

Cara Taksir & Bayar Zakat

Pemohon boleh membuat taksir dan bayar zakat dengan mudah menerusi Kalkulator Zakat :

  1. Muat turun Aplikasi “ZakatSelangor” di App Store atau Play Store
  2. Taksir Zakat anda
  3. Bayar dan simpan penyata zakat

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut atau maklum balas berkaitan dengan tentang Lembaga Zakat Selangor,
Hubungi talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Baca juga : Cara Mohon Zakat Bantuan Umum Pelajaran UKM Sem 2 Sesi 2021/2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements