Advertisements

Bayaran Bantuan JKM Pada Bulan Mei 2022 Diawalkan Sempena Aidilfitri

Advertisements

Sempena Hari Raya Aidillfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) telah mempercepatkan tarikh pembayaran bantuan bulanan JKM bagi bulan Mei 2022.

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), bayaran bantuan bulan Mei itu akan dikreditkan kepada penerima bantuan pada minggu terakhir bulan April 2022.

Manakala bayaran bantuan bagi Jun 2022 akan dikreditkan pada tarikh asal yang dijadualkan seperti biasa.

Baca juga : Cara Mudah Tukar Duit Raya Melalui ATM Tanpa Perlu Ke Kaunter

Tarikh Bantuan Bulanan JKM Bulan Mei

Berikut merupakan perubahan tarikh pembayaran bantuan bulanan JKM bagi bulan Mei :

  • 25hb April hingga 30hb April 2022

Tarikh Bantuan Bulanan JKM Bulan Jun

Untuk bayaran bulan Jun pula akan dikreditkan mengikut tarikh asal iaitu di antara :

  • 1hb Jun hingga 10hb Jun 2022

Perkara ini dimaklumkan melalui sebuah kenyataan media oleh Unit Perhubungan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertarikh 19 April 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bagi penerima tetap bayaran bantuan JKM, anda boleh membuat semakan dengan mudah melalui eMaklum.

eMaklum merupakan sebuah portal yang menyenaraikan semua jenis bayaran bantuan daripada kerajaan.

Cara Semak Bayaran JKM Melalui eMaklum

Berikut adalah cara untuk buat semakan bayaran bantuan bulanan JKM melalui eMaklum :

1) Layari laman web eMaklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/

2) Masukkan nombor IC anda dan nombor akaun bank.

3) Pilih tarikh semakan.

4) Tekan butang cari.

5) Maklumat bayaran yang di terima akan dipaparkan.

6) Untuk melihat dengan lebih terperinci, boleh muat turun resit tersebut.

eMaklum JANM adalah merupakan Aplikasi Mudah Alih bagi Sistem Web eMaklum dan digunakan oleh pengguna seperti berikut :

  1. Penerima Individu (termasuk penjawat awam persekutuan)
  2. Pembekal yang berurusan dengan Kerajaan (skop Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja)

Apakah fungsi dalam eMaklum JANM?

Fungsi dalam eMaklum JNM adalah untuk :

  • Membuat carian dan semakan status notifikasi dokumen bayaran
  • Paparan pengumuman terkini berkaitan Sistem eMaklum
  • Soalan Lazim berkaitan penggunaan eMaklum JANM
  • Maklum balas penggunaan eMaklum JANM

Oleh itu, untuk memudahkan anda membuat semakan bayaran bulanan JKM ini, anda boleh muat turun Aplikasi ini melaui :
GAMMA.my :https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/803

Baca juga : Cara Mohon Skim Bantuan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.