Pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen.
Belanjawan bagi tahun 2024 ini telah dijalankan dengan bertemakan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’, dan merupakan belanjawan kedua yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau secara rasmi menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022 yang lepas.
Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih terperinci tentang perkara yang telah dibentangkan dalam Bajet 2024 ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung artikel.
Fokus Utama Belanjawan 2024
Pada pembentangan Belanjawan 2024 yang lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa semua usaha yang dirangka akan menyusul setiap keutamaan
dan penanda aras Ekonomi MADANI yang dicerakinkan kepada tiga tumpuan utama iaitu:
- Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan.
- Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan
- Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.
Peruntukan Belanjawan MADANI
Bagi Belanjawan MADANI Kedua ini, kerajaan telah memutuskan untuk memberikan peruntukkan sebanyak RM393.8 bilion, dan jumlah ini merupakan Belanjawan tertinggi pernah dibentangkan.
Daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion adalah untuk perbelanjaan yang melibatkan kerja-kerja mengurus dan baki 90 bilion ringgit itu adalahuntuk belanja pembangunan dan 2 bilion ringgit simpanan luar jangka.
Peruntukan ini telah diperoleh daripada hasil Cukai Pendapatan (44.4%), Pinjaman dan Penggunaan Aset Kerajaan (21.9%), Hasil Bukan Cukai (16.2%), Cukai Tak Langsung (14.9%) dan cukai langsung lain (2.6%).
Berikut merupakan maklumat terperinci kemana peruntukkan Belanjawan 2024 ini akan dibelanjakan:
Intipati Utama Belanjawan 2024
Terdapat 20 intipati utama yang telah dinyatakan sewaktu pembentangan Bajet 2024:
Intipati Keseluruhan Bajet 2024
Berikut adalah intipati keseluruhan Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan pada 13 Oktober 2023 yang lepas:
- Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tahun 2023 diunjurkan semula kepada 4.0 peratus
- Bagi 2023, anggaran hasil yang disemak semula ialah RM303.2 billion berbanding RM291.5 bilion
- Kerajaan yakin capai pertumbuhan hampir 5.0 peratus dengan pelaksanaan pembaharuan Ekonomi Madani
- Defisit fiskal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus berbanding 5.0 peratus sasaran pada tahun ini dan 5.6 peratus pada 2022
- Sejumlah RM303.8 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus, RM90 billion bagi belanja pembangunan dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka
- Penambahan siling sebanyak RM15 bilion bagi RMKe-12 menjadikan jumlah keseluruhan bagi tempoh lima tahun sebanyak RM415 bilion
- Beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan untuk meluaskan asas hasil negara pada tahun depan
- Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada 8.0 peratus berbanding 6.0 peratus sekarang
- Kerajaan akan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024
- Kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang, pada masa sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat
- Malaysia akan mencapai defisit fiskal 3.0 peratus atau lebih rendah berbanding KDNK seperti mana penanda aras ditetapkan dalam Kerangka Ekonomi Madani
- Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Tinggi pada kadar 5.0 peratus hingga 10.0 peratus ke atas barang bernilai tinggi
- Kerajaan dijangka melaksanakan cukai minimum global pada tahun 2025 dan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta Euro
- Kerajaan bersetuju untuk menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos, 2024
- Hasil penjimatan subsidi sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion
- Kerajaan sasar kedudukan 20 teratas bagi Ekosistem Syarikat Pemula Global menjelang 2030, selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab industri digital dan syarikat pemula bagi rantau Asia Tenggara
- Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM28 juta bagi membangunkan platform MYStartup
- Kerajaan akan membuka kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak Utara bagi membina ekosistem lebih luas untuk kluster elektrik dan elektronik (E&E) di wilayah utara
- MITI dan MIDA bertangggungjawab memudahkan urusan pelaburan FDI dan DDI bermula daripada permohonan sehingga pelaburan direalisasikan
- GLC dan GLIC menyediakan dana sehingga RM1.5 bilion untuk menggalakkan syarikat pemula termasuk usahawan PKS bumiputera menceburi bidang HGHV
- Kerajaan memperuntukkan RM100 juta kepada MyCIF bagi tempoh tiga tahun
- Kerajaan sedia RM28 juta bagi membangunkan platform MYStartup
- Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF2023) akan dianjurkan pada Disember 2023 sebagai usaha mempelopori peralihan kepada sistem kewangan Islam yang lebih syumul (menyeluruh dan sempurna)
- GLC dan GLIC menyediakan dana sehingga RM1.5 bilion untuk menggalakkan syarikat pemula termasuk usahawan PKS bumiputera menceburi bidang HGHV
- BNM, institusi kewangan Islam sedang memajukan program rintis pelaburan berimpak melalui Akaun Pelaburan (IA) yang lebih meluas
- Kerajaan menyediakan sebanyak RM20 juta bagi merancakkan kajian serta kreativiti dan inovasi ekonomi Islam
- Malaysia kekal pada kedudukan pertama dalam keseluruhan Indikator Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) global untuk 10 tahun berturut-turut
- Kerajaan cadang pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada Jualan dan Belian Sekuriti Islam (ISSB) mulai tahun taksiran 2024
- Kerajan menyediakan dana pembiayaan sebanyak RM100 juta bagi gerakan koperasi melalui Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
- Kerajaan cadang pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya selama lima tahun kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam bagi menyokong pembangunan IBFC
- Kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan Halal daripada 51 hari kepada 30 hari
- Melalui pembentangan Belanjawan 2024, sembilan institusi kewangan tawar program khusus untuk PKS Halal selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030
- Kerajaan memperuntukkan dana tambahan i-TEKAD sehingga RM25 juta secara geran padanan dengan institusi kewangan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan
- Kerajaan menyediakan peruntukan sehingga 10 peratus daripada jumlah NIMP 2030 sebagai pemangkin, dana permulaan bagi 2024 sebanyak RM200 juta
- NIMP sasar jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM95 bilion, disamping 3.3 juta peluang pekerjaan dengan gaji penengah sehingga RM4,510 sebulan menjelang 2030
- Institusi kewangan pembangunan akan distruktur semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank dan Exim Bank Kerajaan berhasrat merasionalisasi subsidi secara berfasa
- Pendekatan subsidi bersasar telah menjimatkan lebih RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik sebanyak RM20 bilion
- BNM dan sektor kewangan sedang membangunkan Portal Fraud Kebangsaan yang dijangka siap menjelang pertengahan 2024
- Kerajaan akan memperkukuh persekitaran modal teroka melalui pemusatan agensi modal seperti Penjana Kapital dan MAVCAP di bawah Khazanah Nasional Bhd
- Kerajaan cadang PIPC dijadikan hab pembangunan sektor kimia, petrokimia dengan pemberian pakej galakan cukai dalam bentuk kadar cukai khas, elaun cukai pelaburan
- Nilai keseluruhan pinjaman, jaminan pembiayaan yang tersedia untuk manfaat usahawan PMKS berjumlah sehingga RM44 bilion pada tahun depan
- Kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman kecil dengan dana keseluruhan sebanyak RM2.4 bilion di bawah BNM, BSN, TEKUN
- Kerajaan saran majikan swasta kaji kesesuaian saraan, ganjaran kepada pekerja, mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa
- Kerajaan akan menambah Skim Jaminan Kredit Perumahan sehingga RM10 bilion untuk SJKP bagi memanfaatkan 40,000 peminjam
- Sebanyak RM2.47 bilion disediakan untuk melaksanakan projek perumahan rakyat bagi tahun 2024
- Anggaran awal LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai berjumlah RM10 bilion
- Kerajaan peruntuk RM60 juta bagi CyberSecurity untuk bangun Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G, kepakaran tempatan terhadap teknologi siber
- Prasarana Malaysia Bhd setuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina tiga depoh bas dengan kos RM600 juta bagi menyokong keperluan projek LRT3
- RM2.4 bilion disediakan kepada FELDA, FELCRA dan RISDA untuk merancakkan aktiviti agrikomoditi dan tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil
- Kerajaan sedia lanjut tempoh tawaran program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) sehingga 31 Dis 2024 bagi menggalakkan lebih ramai memasang panel di premis kediaman
- Sejumlah RM510 juta tersedia sebagai dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi
Tonton Siaran Langsung Belanjawan 2024
Bagi anda yang terlepas untuk menonton siarang langsung Belanjawan 2024 yang telah berlangsung pada 13 Oktober 2023 yang lepas, anda boleh menyaksikan semula di saluran berikut:
Anda juga boleh melayari portal Belanjawan bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang hal ini.
Baca juga: Intipati Belanjawan 2023: Penghasilan Malaysia Madani