Advertisements

Beli Barang Import Melalui Online Dikenakan Cukai 10% Mulai 2023

Advertisements

Mulai 1 Januari 2023, cukai jualan ke atas pembelian barangan import bernilai rendah (LVG) menerusi dalam talian akan dilaksanakan.

Cukai yang dikenakan adalah sebanyak 10% ke atas nilai barangan yang bernilai RM500 ke bawah.

Ini bermaksud pembelian dalam talian seperti Shopee, Lazada dan sebagainya yang dibawa masuk dari luar negara atau berlabel “shipped from oversea” akan dikenakan cukai.

Baca juga: Bantuan Khas Ibu Tunggal Negeri Melaka 2022 (One-Off)

Jadi, selepas ini jika anda membeli barangan import sama ada dari dalam atau luar negara, kedua-duanya akan dikenakan cukai.

Presiden Institut Percukaian Malaysia (CTIM), Chow Chee Yen, berkata tujuan pelaksanaan cukai ini adalah untuk mewujudkan ‘padang yang sama rata’ untuk peniaga tempatan.

Kerajaan turut menganggarkan kutipan RM200 juta melalui pengenalan baharu ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements