Advertisements

Kini Berharga RM4.90 Sahaja, Ini Cara Guna Kit Ujian Covid-19 Dengan Betul

Advertisements

Jika sebelum ini kit ujian Covid-19 dijual dengan harga sekitar RM6.60 sehingga RM6.90 kini kit ujian tersebut boleh didapati dengan harga RM4.90 sahaja.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, harga kit ujian pantas (RTK) antigen Covid-19 yang menggunakan sampel air liur kini boleh dibeli di pasaran serendah RM4.90 tanpa menjejaskan kualiti alat tersebut.

Memandangkan kit ujian Covid-19 ini merupakan salah-satu perkara penting yang perlu kita miliki ketika ini, harga pasaran sudah mula diturunkan. Perkara ini melegakan golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli kit ujian Covid-19 ini.

Menurut beliau, melihat penularan Covid-19 yang masih tinggi dalam negara, peranti itu kini menjadi sebahagian daripada keperluan setiap isi rumah.

Katanya, dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi, pekerjaan, sekolah dan institusi pengajian, semestinya keperluan untuk membuat ujian kendiri tersebut menjadi lebih mendesak dan perlu dilakukan dengan kerap.

Beliau juga turut memuji inisiatif kedai serbaneka 99 Speedmart yang sudah mula menjual peranti tersebut dengan harga serendah RM4.90 seunit dan berharap agar lebih banyak premis akan mengambil langkah yang sama dalam waktu terdekat.

Cara penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 dengan betul;

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sebelum memulakan prosedur:

  • Membaca arahan penggunaan kit dengan teliti.
  • Memeriksa dan memastikan kit lengkap, tidak melepasi tarikh luput dan tidak rosak.
  • Mencuci tangan sebelum memulakan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.
  • Memastikan tempat melakukan prosedur ini kering, bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik.
  • Memastikan tiada orang berhampiran bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
  • Sekiranya prosedur ini perlu dibantu oleh orang lain, pembantu perlu memakai sekurang-kurangnya pelitup muka dan sarung tangan bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
  • Prosedur tidak dilakukan di tempat awam dan tidak berada berdekatan dengan orang lain bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.

Prosedur ujian:

  1. Mengambil sampel (air liur, nasal swab dan lain-lain) secara kendiri seperti yang dinyatakan pada arahan kit (instruction kit).
  2. Melakukan ujian menggunakan Kit Ujian Kendiri Covid-19 dengan cermat mengikut arahan kit.
  3. Membaca keputusan pengujian dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada arahan kit bagi mengelakkan keputusan yang tidak tepat.

Selepas melakukan prosedur:

  • Memastikan semua alatan kit dimasukkan ke dalam plastik dan ikat dengan sempurna.
  • Melupuskan plastik yang mengandungi kit ini ke dalam tong sampah.
  • Menjalankan disinfeksi kawasan prosedur dengan larutan disinfeksi yang bersesuaian selepas prosedur pengujian.
  • Mencuci tangan menggunakan sabun dan air selepas selesai menjalankan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.

Pelaporan keputusan

Semua keputusan ujian sama ada positif, negatif atau invalid perlu dilaporkan secara self-reporting ke dalam aplikasi MySejahtera.

Pengguna bertanggungjawab melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan keputusan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.

Sekiranya keputusan ujian positif:

  • Keputusan positif wajib dilaporkan ke dalam MySejahtera (tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]).
  • Individu diminta untuk pergi sendiri ke fasiliti kesihatan swasta, Covid-19 Assesment Centre (CAC) atau klinik kesihatan berhampiran bagi penilaian kesihatan dan tindakan seterusnya.
  • Individu ini wajib memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah dan elakkan dari menaiki kenderaan awam.

Sekiranya keputusan ujian negatif:

  • Sekiranya bergejala, sila ke fasiliti kesihatan swasta atau kinik kesihatan untuk penilaian kesihatan.
  • Sekiranya individu berkenaan kontak kepada kes Covid-19, individu itu perlu terus menjalani kuarantin wajib sehingga tamat tempoh kuarantin.
  • Sekiranya keputusan ujian invalid, ujian perlu diulang.

Alhamdulillah, selepas ini tiada masalah untuk semua jenis lapisan masyarakat mlakukan ujian Covid-19. Semoga dengan penurunan kadar harga kit ujian ini sedikit sebanyak memabantu mengekang penularan covid-19 juga. Mudah-mudahan.

Baca juga: Hukum Membeli Dan Menggunakan Android Box Yang Sebetulnya

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.