Advertisements

Bantuan Banjir: Beri Pengecualian Bil Air Dan Elektrik Kepada Mangsa

Advertisements

Penduduk yang terkesan dengan bencana banjir telah sebulat suara meminta agar Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi pengecualian bil air dan elektrik kepada mangsa banjir yang terkesan dengan musibah itu.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, berkata perkara itu dibangkitkan sendiri oleh penduduk yang terkesan kerana perlu menggunakan sumber air dan elektrik dalam kuantiti yang banyak untuk membersihkan kediaman selepas dilanda bencana itu.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-179.png

Baca juga: Maybank Tawar Bantuan Banjir Kepada Pelanggan Yang Terjejas

Katanya lagi, oleh kerana kerja pembersihan yang sangat besar, jadi ia mengambil banyak penggunaan air dan elektrik, jadi mereka (mangsa banjir) mahu dikecualikan pembayaran bil untuk bulan ini.

Selain itu, urusan pembersihan dan membaik pulih rumah serta membeli perkakas baharu juga memerlukan masa yang panjang.

Jadi beliau ingin pihak kerajaan membuat pendirian tegas dengan meminta majikan swasta memberikan cuti bergaji kepada mangsa banjir sama seperti yang diumumkan kepada penjawat awam bagi membolehkan mereka menguruskan kerja pembersihan.

Selain daripada itu juga, Hannah Yeoh turut meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut menghulurkan bantuan segera kepada mangsa banjir bagi memastikan tiada orang kurang upaya (OKU) dan warga emas yang terlepas daripada mendapat bantuan segera.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

This image has an empty alt attribute; its file name is image-180.png

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Setiap Ketua Isi Rumah Yang Terjejas Banjir Akan Diberi Bantuan RM1000

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.