Advertisements

Beza Pedih Ulu Hati Dengan Sakit Jantung. Penting Untuk Ambil Tahu!

Advertisements

Pedih ulu hati atau heartburn merupakan satu gejala yang biasa berlaku. Ianya terasa sakit di bahagian dada terutamanya ketika selepas tunduk, berbaring dan selepas makan.

Rasa sakit di bahagian dada ulu hati kadang kala sukar nak dibezakan dengan sakit jantung. Jadi jika sakit dada kerap kali berlaku, adalah penting untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mengesahkannya.

Beza Pedih Ulu Hati Dan Sakit Jantung

Rasa pedih ulu hati atau heartburn sebenarnya tidak ada kena mengena langsung dengan jantung anda. Sebaliknya, rasa sakit itu adalah disebabkan oleh asid dalam perut yang melambung naik ke esofagus.

Oleh sebab esofagus tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia, asid tersebut akan mencetuskan rasa pedih pada kawasan dada. Kadangkala, ia dapat dirasai sehingga ke anak tekak. Sebab itulah, heartburn selalu terjadi selepas makan dan juga ketika anda berbaring atau tunduk.

Manakala sakit jantung pula terjadi jika saluran darah ke jantung terhalang ataupun tersumbat disebabkan oleh plak daripada gumpalan lemak atau kolesterol.

Apabila plak itu pecah, gumpalan darah akan terbentuk dan seterusnya mengganggu peredaran darah. Saluran darah yang tersumbat akan merosakkan otot pada permukaan jantung. Inilah sebab utama yang menyebabkan sakit jantung.

Jika anda kadang-kadang rasa pedih ulu hati, jangan risau. Itu adalah normal. Namun, jika pedih ulu hati berlaku lebih daripada 2 kali seminggu, ia mungkin tanda anda menghidap penyakit
yang lebih serius.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Selain itu, jika anda telah pun mengambil antasid namun masih mengalami heartburn, anda perlu berjumpa dengan doktor segera.

Baca juga: Jangan Simpan Ubat Demam Jenis Cecair Dalam Peti Sejuk! Ini Sebabnya

Simptom Sakit Ulu Hati Dan Sakit Jantung

Anda sering rasa pedih dan sakit pada bahagian dada? Apa yang anda sedang alami sebenarnya, sakit ulu hati (heartburn) atau sakit jantung?

Simptom Sakit Ulu Hati

  1. Bermula dengan rasa pedih di bawah perut yang perlahan-lahan bergerak ke bahagian dada. Terasa terbakar di dada.
  2. Selalunya terjadi selepas makan ataupun ketika berbaring.
  3. Boleh membuatkan anda terjaga daripada tidur, lebih-lebih lagi jika anda baru makan pada 2 jam yang lepas.
  4. Pedih ulu hati boleh menjadi lega selepas makan ubat antasid.
  5. Mungkin disertai dengan muntah kecil yang terasa di dalam mulut.

Simpton Sakit Jantung

  1. Rasa sakit dada. Anda akan rasa sakit pada tengah atau kiri dada seperti ditekan-tekan. Rasa sakit juga akan memakan masa selama beberapa minit.
  2. Rasa lemah, pening dan ingin pitam. Anda juga mungkin berpeluh secara tiba-tiba.
  3. Rasa sakit pada rahang, leher atau belakang badan.
  4. Rasa sakit pada salah satu atau kedua-dua belah tangan dan bahu.
  5. Nafas tercungap-cungap.

Jangan Ambil Ringan Jika Kerap Sakit Dada

Jika sakit dada, sebenarnya sukar bagi seseorang itu membezakan simptom pedih ulu hati dan juga sakit jantung. Jika anda rasa ragu-ragu, cuba berbincang mengenai hal ini dengan doktor.

Jangan abaikan rasa sakit dada yang berpanjangan dan fikir ia akan berlalu pergi begitu sahaja.

Ramai yang tidak tahu bahawa mereka mengalami simptom sakit jantung sebenarnya. Oleh itu, kebanyakan mangsa sakit jantung tidak mendapatkan rawatan yang tepat dan pantas bagi simptom yang mereka alami.

Menurut data terkini yang diterbitkan oleh WHO pada tahun 2017, kematian akibat Penyakit Jantung Koronari di Malaysia mencapai 30,598 atau 22.13% daripada jumlah kematian.

Ambil tahu tentang kesihatan anda dan segeralah berjumpa doktor untuk tahu apa sebenarnya yang sedang terjadi pada diri anda. Amalkan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan rasa sakit ulu hati yang berpanjangan.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.