Advertisements

Biasiswa Alumni Yayasan Pak Rashid Untuk Pelajar UPM

Advertisements

Biasiswa Alumni Yayasan Pak Rashid diwujudkan selaras dengan objektif penubuhan Yayasan Pak Rashid dalam usaha mewujudkan dana bagi pemberian anugerah biasiswa, pinjaman, geran dan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar UPM.

Biasiswa Yayasan Pak Rashid UPM ditawarkan kepada pelajar tahun satu yang mengikuti pengajian dalam bidang pertanian dan selain bidang pertanian peringkat bacelor dan diploma di Universiti Putra Malaysia.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Biasiswa Alumni Yayasan Pak Rashid ini.

Kadar Biasiswa

Pelajar yang berjaya ditawarkan akan menerima biasiswa sebanyak RM7,500 setahun di peringkat bacelor dan RM5,000 setahun di peringkat diploma.

Syarat Kelayakan

Pelajar yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi syarat kelayakan di bawah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Menuntut di tahun satu (1) peringkat diploma di UPMKB
  3. Memperolehi keputusan cemerlang di peringkat SPM
  4. Belum mendapat sebarang tajaan.
  5. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  6. Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Baca juga: Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP Bagi Golongan B40

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka setiap tahun pada awal pengajian.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon

Calon yang berminat untuk mendapatkan borang dan mengemukakan permohonan sila hubungi talian 03-8945 1017 atau hadir ke:

Sekretariat Yayasan Pak Rashid
d/a Pusat Alumni UPM (ACUPM)
Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon,
43400 UPM Serdang, Selangor.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Alumni Yayasan Pak Rashid ini, sila hubungi talian 03-8945 1017 atau layari pautan Biasiswa UPM Alumni.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.