Advertisements

Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP 2022): Semak Status Permohonan

Advertisements

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP 2022) merupakan satu program tajaan ataupun biasiswa di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan pendidikan.

Pelajar yang berkebolehan dan berkelayakan di bawah program tajaan ini boleh melayakkan mereka dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM.

Bagi yang melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan, pelajar boleh memohon tajaan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk ditindikkan dengan kerjaya keguruan di KPM selepas tamat belajar kelak.

Permohonan ISMP 2022 kini dibuka secara atas talian kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program tajaan ISMP 2022 ini.

Baca juga: Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara 2022

Bidang-bidang Yang Ditaja

Berikut merupakan jurusan pendidikan yang ditaja melalui program ISMP 2022 ini:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Khas
  • Dini
  • Matematik
  • Sejarah
  • Geografi
  • Reka bentuk dan Teknologi
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Teknologi Elektrik dan Elektronik
  • Teknologi Automotif

Syarat Permohonan ISMP 2022

Bagi pelajar yang berminat untuk memohon ISMP 2022, berikut merupakan syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi:

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022 (tahun permohonan);
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan;
  4. Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk
    memohon;
  5. Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, calon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan;
  6. Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;
  7. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;
  8. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan
  9. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

Tarikh Permohonan

Dibuka secara dalam talian (online) mulai 25 Mac 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 22 April 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang.

Cara Memohon

Berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon ISMP 2022:

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan berikut: https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm
  2. borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain.
  3. Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya
    terpilih.
  4. Permohonan yang tidak mematuhi syarat / tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.
  5. Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.
  6. Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.

Semakan Keputusan

Keputusan Panggilan Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (eUKCG) bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 boleh disemak melalui pautan https://pismp.moe.gov.my/ismp/ mulai 31 Mei 2022 (Selasa), jam 10:30 pagi.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi pautan berikut:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.