Advertisements

Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP Bagi Golongan B40

Advertisements

Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP kini dibuka untuk permohonan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana di Universiti College of Yayaasan Pahang (UCYP) bagi sesi 2022/2023.

Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP ini mensasarkan bantuan pembiayaan pelajaran buat pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau tergolong dalam B40.

Syarat Kelayakan Permohonan

Pelajar yang berminat untuk memohon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan/bapa/pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi atau dalam tindakan undang-undang.
  4. Berumur tidak melebihi 27 tahun semasa tarikh permohonan
  5. Lepasan STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda
  6. Kategori B40 (Pendapatan keluarga perkapita RM 4,849.00 sebulan dan ke bawah)
  7. Memperoleh PNGK 3.5 dan ke atas
  8. Telah mendapat surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda/Sarjana di University College of Yayasan Pahang (UCYP).

Syarat Akademik

KelayakanSyarat Minima AkademikPeringkat Kemasukan
Lepasan STPMCGPA 3.50 dan ke AtasIjazah Pertama
Lepasan STAM (disamping mempunyai
SPM)
4 Mumtaz dan 5 Jayyid
Jiddan
Ijazah Pertama
Lepasan Matrikulasi di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia/
UIA/Politeknik/ Program Asasi
IPTA/lepasan Diploma dan lain – lain
setaraf denganya.
CGPA 3.50 dan ke atasIjazah Pertama
Lepasan Ijazah Sarjana MudaCGPA 3.50 dan ke atasIjazah Pertama

Tarikh Permohonan

Permohonan Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP dibuka bermula 15 Ogos sehingga 6 September 2022.

Baca juga: Tawaran Biasiswa Innovalues 2022 Bagi Pelajar Ijazah

Cara Memohon

Pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan.
  2. Isi semua maklumat dengan lengkap.
  3. Klik butang submit untuk menghantar permohonan.
  4. Kemudian, muat turun borang permohonan.
  5. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  6. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  7. Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

    Pejabat Pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP,
    Aras 2, Kompleks Yayasan Pahang, Jalan Tanjung Lumpur,
    26060, Kuantan Pahang Darul Makmur.
    (U/P): Pengarah

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir/Sijil Kematian (Pemohon,ibu dan bapa/penjaga).
  • Salinan surat tawaran atau pendaftaran pengajian di UCYP (Ijazah Sarjana Muda/Sarjana).
  • Salinan penuh Keputusan Peperiksaan (lepasan STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda).
  • Salinan Sijil Berhenti sekolah.
  • Salinan Sijil Keputusan SPM.
  • Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen/Pengesahan Pendapatan Ibu dan bapa/penjaga.
  • Salinan sijil ko-kurikulum/aktiviti luar.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Cancelor UCYP 2022, sila hubungi pejabat pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP di talian 09-404 8999 atau email [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.