Advertisements

Biasiswa Khas Sagong Tasi Bagi Pelajar Orang Asli Selangor Di IPT

Advertisements

Biasiswa Khas Sagong Tasi kini dibuka untuk permohonan bagi pelajar Orang Asli Selangor yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi.

Biasiswa bertujuan memberi bantuan kewangan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mendapatkan kelengkapan pembelajaran yang cukup sewaktu di universiti.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program biasiswa ini.

IPT Yang Terlibat

Biasiswa ini hanya diberikan kepada pelajar yang sedang dan akan mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat seperti di bawah:

  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi)
  • Universiti Putra Malaysia (Serdang)
  • Universiti Selangor (UNISEL)
  • Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
  • Kolej Antarabangsa INPENS

Kadar Biasiswa Khas Sagong Tasi

Kadar biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar Orang Asli yang berkelayakan adalah seperti berikut:

  1. Yuran Pengajian: Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti.
  2. Elaun Sara Diri: Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

Baca juga: Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP Bagi Golongan B40

Syarat Kelayakan Biasiswa

Pelajar yang ingin memohon Biasiswa Khas Sagong Tasi ini perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
  2. Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; dan Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  3. Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau
  4. Pemohon telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
  5. Pemohon telah mendaftar pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPT berkenaan (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon).
  6. Pemohon yang belim menerima sebarang pinjaman/biasiswa/bantuan kewangan dari lain-lain penaja.
  7. Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.
  8. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian/diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Cara Memohon

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.
  2. Daftar akaun baharu.
  3. Log masuk menggunakan akaun yang didaftarkan.
  4. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  5. Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.
  6. Hanya pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Biasiswa.
  7. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tiada maklum balas dalam tempoh SEBULAN selepas tarikh tutup permohonan.

Tempoh Permohonan

Permohonan akan dibuka mulai 1 September 2022 dan akan ditutup pada 30 September 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Khas Sagong Tasi, sila layari pautan Biasiswa Sagong Tasi.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.