Advertisements

Permohonan Biasiswa Pahang Sekolah Rendah Tahun 4 Sesi 2023

Advertisements

Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah), sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) telah diperkenalkan pada tahun 2002.

Biasiswa ini diberikan kepada murid-murid Tahun 4 hingga 6 yang sedang belajar di sekolah-sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negeri Pahang Darul Makmur.

Pada peringkat awal biasiswa ini diperkenalkan, kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin / daif dengan pendapatan keluarga dibawah paras RM700 sebulan.

Kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM 2,500 sebulan.

Berikut dikongsikan beberapa info mengenai Permohonan Biasiswa Pahang Sekolah Rendah Tahun 4 Sesi 2023.

Baca juga : Bantuan Sara Hidup Mahasiswa N. Sembilan Dinaikkan RM150

Tarikh Permohonan

Permohonan biasiswa Pahang bagi Sekolah Rendah Tahun 4 Sesi 2023 kini telah dibuka mulai:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Tarikh Buka : 22 Ogos 2022
  • Tarikh Tutup : 7 Oktober 2022

Kadar Bantuan Biasiswa

Kadar Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) yang diberikan kepada mereka yang layak adalah berjumlah RM300 setahun bagi murid Tahun 4 hingga 6.

Kelayakan Pemohon

Kriteria kelayakan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  3. Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  5. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  6. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  7. Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur.
  8. Murid yang pernah digantung / dibuang sekolah tidak layak memohon.

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah sahaja.

Oleh itu, ibu bapa yang ingin membuat permohonan perlulah mendapatkan borang permohonan melalui sekolah masing-masing.

Info Lanjut

Sebarang info lanjut mengenai Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah), sila layari laman web Yayasan Pahang atau menghubungi 09-518 1800.

Baca juga : Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.