Advertisements

UKM Tawar Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menawarkan biasiswa pasca-siswazah bagi SEORANG (1) CALON peringkat Sarjana (Mod Penyelidikan) yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian di UKM pada Semester 1, Sesi 2022/2023.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang Tawaran Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak.

Baca juga : Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana Johor

Tempoh Tajaan Biasiswa

Tempoh tajaan biasiswa ini adalah selama 2 TAHUN/4 SEMESTER sepanjang pengajian. 

Bidang Penyelidikan

 Bidang penyelidikan di bawah biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Ekonomi Digital Negeri Sarawak
  2. Pembangunan Tamadun Negeri Sarawak
  3. Pertanian Moden
  4. Perusahaan Kecil & Sederhana

Jumlah Biasiswa

Jumlah biasiswa yang ditawarkan adalah mencakupi yuran pengajian dan elaun sara hidup selama 2 tahun/4 semester.

Bagi Semester 1, peruntukan akan diberikan sebanyak RM10,770.00 merangkumi seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • RM 5,370.00 (yuran semester pertama).
  • Rm 5,400.00 (elaun sara hidup sebanyak RM 1,800.00 sebulan untuk 3 bulan pertama).

Syarat Umum

Berikut merupakan beberapa syarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon seperti:

  1. Terbuka kepada pelajar yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian peringkat Sarjana di UKM pada Semester 1, Sesi 2022/2023.
  2. Keutamaan biasiswa ini adalah untuk anak Negeri Sarawak.
  3. Pemohon mestilah mengikuti pengajian di UKM secara sepenuh masa dan mod penyelidikan (Full Research).

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pemohon juga perlu menepati syarat khusus yang ditetapkan seperti:

  1. Mestilah memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang, sekurang- kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa ijazah pertama.
  2. Melampirkan cadangan proposal kajian sewaktu memohon dan membentang draf berkenaan dalam sesi temuduga oleh panel khas yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Kursi.
  3. Memiliki ciri kepimpinan yang tinggi, aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan cemerlang dalam perkembangan bakat seperti kepimpinan, kemahiran dan kreativiti merupakan satu kelebihan.

Permohonan Yang Tidak Layak

Berikut merupakan permohonan yang tidak layak untuk memohon:

  1. Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  2. Pemohon yang sedang mengikuti program secara jarak jauh atau separuh masa.
  3. Pemohon yang masih terikat dengan mana-mana badan penajaan.
  4. Pemohon yang telah bekerja.

Cara Mohon

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak ialah pada 31 Julai 2022.

Info Lanjut

Segala pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh layari laman web www.ukm.my/kursisos dan hubungi Pejabat Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak di talian 03-89215622 atau emel [email protected].

Baca juga : BINGKAS Selangor 2022: Bantuan RM300 Setiap Bulan Selama Setahun

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements