PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN PENGAJIAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK PERINGKAT DIPLOMA SESI 2022/2023
Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak menawarkan pinjaman biasiswa kepada anak kelahiran Sarawak yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) dan Politeknik bagi Sesi 2022/2023.
Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak untuk meringankan beban dalam menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di IPTA dan Politeknik.
Pelajar yang ditawarkan biasiswa ini hanya perlu membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.
Bagi pelajar yang berminat, boleh membuat permohonan BPKNS mulai 1 Ogos 2022.
Baca juga : Cara Mohon Pinjaman Pengajian IPT Yayasan Kelantan (YAKIN)

Tempoh Permohonan
Permohonan boleh dibuat mulai 1 Ogos hingga 14 Ogos 2022.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Syarat Permohonan
Untuk membuat permohonan, pelajar hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan seperti berikut:
- Anak jati Sarawak.
- Telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma daripada IPTA dan Politeknik.
- Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali pendidikan (perguruan) atau perubatan.
- Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau bergaji penuh adalah tidak layak memohon.
- Keutamaan diberi kepada pemohon dari kalangan keluarga golongan B40 (pendapatan isi rumah RM4,850.00 ke bawah).
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:
- Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian melalui laman web https://escholarship.sarawak.gov.my.
- Wajib mendaftar akaun “Sarawak ID”.
- Sila isi borang secara atas talian dengan lengkap dan tepat seperti yang tercatat dalam doumen dan sijil asal pemohon.
- Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Info Lanjut
sebarang pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak, sila layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak
Baca juga : Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022