Yayasan Terengganu mempelawa pelajar rakyat negeri Terengganu Darul Iman untuk memohon Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Tahun 2022 dibawah program yang ditawarkan sebagaimana berikut:
Syarat Umum
- Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaaan lahir di Negeri Terengganu.
- Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
- Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
- Keutamaan kepada pemohon dari kalangan berpendapatan rendah (B40).
Pengajian Yang Ditaja
Dalam Negara
Berikut merupakan pengajian dalam negara yang ditaja:
- Biasiswa Foundation Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Biasiswa Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS)
- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kedah
- Biasiswa Foundation In Accountancy (FIA) – ACCA, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Luar Negara
Berikut merupakan pengajian luar negara yang ditaja:
- Biasiswa Program Persediaan Luar Negara dalam Bidang Sains/Kejuruteraan/ Perakaunan
- Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Perubatan (Jordan) & Pergigian (Mesir/Jordan)
- Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Perbankan Islam) Di Jordan
- Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Di Jordan
Syarat Khusus
Sila rujuk syarat khusus bagi setiap pengajian dalam dan luar negara seperti di dalam lampiran di bawah:
Cara Memohon Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian bermula 16 Jun 2022 hingga 26 Jun 2022 (12.00 tengahari) menerusi ytpenajaan.terengganu.gov.my
Borang permohonan mesti dilengkapkan dengan memuatnaik semua dokumen yang diperlukan.
Baca juga: Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2022
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Ujian Bertulis & Temuduga
Hanya calon-calon yang layak disenarai pendek akan dipanggil menduduki Ujian Bertulis & Temuduga yang dikendalikan oleh Yayasan Terengganu.
Keputusan Tawaran
Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.
Maklumat Lanjut
Sila hubungi hotline Yayasan Terengganu di talian 09-6221733/09-6211800 atau layari https://yt.gov.my/penajaan/.