Advertisements

Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib & YBSTAR Sesi 2022/2023

Advertisements

­­­Yayasan Sarawak dan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) mempelawa calon-calon yang layak dan berpotensi untuk memohon penajaan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai biasiswa Yayasan Sarawak ini.

Jenis Biasiswa Yang Ditawarkan

Yayasan Sarawak menawarkan dua jenis biasiswa iaitu:

(i) Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib

Khusus untuk kursus STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

(ii) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)

Khusus untuk kursus BUKAN STEM selain daripada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Asas Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat asas permohonan yang mesti dipenuhi oleh pemohon:

  1. Anak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali anak kelahiran Sarawak).
  2. Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf di Dalam Negara Sahaja. Pemohon MESTI telah menerima surat tawaran kemasukan ke institusi.
  3. Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana 10 Institusi Pengajian Tinggi Terunggul di dunia (10 Universiti Terbaik Dunia). Pemohon MESTI telah menerima surat tawaran kemasukan ke institusi.

Syarat Khusus (Akademik)

  1. Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohona yang telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:
    (Keutamaan kepada pelajar yang berada di tahun 1 dan 2 sahaja)

Kriteria Pemilihan

Calon yang layak dan memenugi kriteria syarat asas dan khusus akan ditemuduga oleh satu panel khas. Pemilihan akan dibuat dengan mengambil kira prestasi semasa temuguda, potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan kriteria-kriteria lain yang difikirkan wajar oleh panel.

Calon-Calon Yang Tidak Layak Memohon

Berikut merupakan ciri-ciri calon yang tidak layak memohon:

  1. Pemohon yang TIDAK MEMENUHI syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  2. Pemohon yang SEDANG mengikuti kurus peringkat STPM. Sijil, Pra-Diploma, Diploma, Matrikulasi dan Asasi/Foundation,
  3. Pemohon yang sedang mengikuti program kursus jarak jauh / separuh masa.
  4. Pemohon yang mash terikat dengan mana-mana badan penajaan.
  5. Pemohon yang telah bekerja tetapi TIADA surat pelepasan/kelulusan majikan.

Baca juga: Permohonan Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2

Cara Memohon

  1. Permohonan adalah secara atas talian ‘online’ yang boleh dicapai di laman web http://www.yayasansarawak.org.my;
  2. Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI / INSTITUSI;
  3. Sila sertakan bersama salinan dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan terlebih dahulu;
  4. Pegawai atau kakitangan kerajaan atau swasta yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar secara sepenuh masa;
  5. Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melalui media massa;
  6. Semua dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada Seksyen Biasiswa, Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, 93050 Petra Jaya, KUCHING.

SILA PASTIKAN NAMA BIASISWA YANG DIPOHON DITULIS DENGAN JELAS DI SAMPUL. (BIASISWA YAYASAN SARAWAK TUN TAIB ATAU YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai Julai dan akan ditutup pada Jumaat, 29 Julai 2022, jam 4.00 petang.

Permohonan yang diterima selepas tarikh dan waktu tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.

Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK MEMENUHI syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi talian pejabat di nombor: (082) 441686 atau layari http://www.yayasansarawak.org.my

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements