Advertisements

Permohonan Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng IOI Tahun 2022

Advertisements

Untuk makluman, IOI menawarkan biasiswa kepada pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa di universiti awam atau swasta di Malaysia.

Bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa dan ingin memohon biasiswa IOI, bolehlah ikuti perkongsian info maklumat mengenai biasiswa ini dibawah.

Baca juga : Yayasan Universiti Malaysia- Permohonan Biasiswa Ibnu Haitham 2022

Syarat Kelayakan

Keperlun Akademik Sarjana Muda:

  • Peringkat STPM/A – minimum 2A
  • Peperiksaan Bersepadu Sekolah Cina (UEC-SM3)
  • Asasi – PNGK minimum 3.5
  • TER Australia – minimum 90.0
  • Pelajar tahun pertama/Kedua mesti mempunyai PNGK semasa sekurang-kurangnya 3.3, Kepujian Kelas Kedua Atas atau setaraf.
  • Mempunyai pencapaian kokurikulum yang cemerlang dan kualiti kepimpinan.
  • Bersedia untuk berkhidmat dengan pekerjaan di Kumpulan IOI untuk tempoh tertentu selepas berjaya menamatkan pengajian.
  • Tidak boleh menerima sebarang bentuk biasiswa daripada organisasi lain dan bebas daripada sebarang kewajipan pekerjaan pada masa hadapan.
  • Mereka yang sedang mengikuti pengajian Asasi dan Program Pra-Ijazah tidak layak untuk memohon.

Bidang Pengajian

  • Universiti tempatan (kampus awam / swasta / cawangan asing)

Ijazah

  • Kejuruteraan (Mekanikal / Elektrik & Elektronik / Elektrik & Instrumen / Kimia / Mekatronik)
  • Kimia / Teknologi Makanan
  • Sains Komputer / Teknologi Maklumat
  • Kejuruteraan Pertanian / Pengurusan Perladangan
  • Sains persekitaran
  • Perakaunan / Kewangan

Penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat dengan Kumpulan IOI selepas tamat pengajian di pelbagai lokasi di Malaysia.

Tempoh Perikatan

  • Tempoh ikatan perkhidmatan bersama dengan Kumpulan IOI adalah bergantung pada jumlah biasiswa yang diterima.

Manfaat Biasiswa

  • Biasiswa ini meliputi yuran akademik dan kos sara hidup

Cara Memohon Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng IOI

Untuk membuat permohonan Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng IOI adalah seperti berikut :

  • Seterusnya muat turun borang permohonan.
  • Kemudian cetak borang permohonan dan isi ruang maklumat dengan lengkap dan betul.
  • Seterusnya hantar borang permohonan yang yang telah lengkap diisi bersama dengan dokumen yang diperlukan ke pejabat Yayasan sebelum tarikh tutup di alamat berikut:
    • Sekretariat – Biasiswa untuk Ijazah Sarjana Muda
      Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng
      Level 29, IOI City Tower Two, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya.

Dokumen Yang Di Perlukan

  1. Surat penerimaan Universiti/Kolej
  2. Dokumen yang menyatakan yuran kursus daripada Universiti
  3. Kalendar Akademik
  4. Kad Pengenalan atau Sijil Lahir pemohon
  5. Keputusan SPM / SPVM / ‘O’ Level / UEC
  6. Keputusan STPM / ‘A’ / Matrikulasi / Asasi
  7. Keputusan Universiti/Kolej
  8. Sijil Berhenti Sekolah
  9. Testimoni Sekolah (jika ada)
  10. Surat Tawaran PTPTN (Jika ada)
  11. Bukti pendapatan ibu bapa / penjaga selama 1 tahun yang lalu
  12. Surat atau dokumen untuk membuktikan bahawa saudara saudari sedang mengejar pengajian tinggi di universiti/kolej

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng IOI adalah 31 Julai 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga : Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements