BINGKAS Selangor 2022 merupakan satu bentuk Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di Belanjawan Selangor 2022.
Peruntukan sebanyak RM108 juta untuk tujuan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini dengan sasaran sebanyak 30,000 keluarga dan 180,000 penerima di Selangor.
Ia merupakan program baharu yang memberikan bantuan kepada setiap keluarga yang layak pasca COVID-19 untuk membantu mereka yang terkesan untuk menampung kehidupan seharian mereka.
BINGKAS boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Bantuan BINGKAS ini.

Baca juga: Selangor Saring : Program Pengesanan Awal Penyakit
Jumlah Bantuan BINGKAS
Kerajaan Selangor akan memperuntukkan sejumlah RM3,600 setahun atau RM300 sebulan kepada keluarga termasuk ibu tunggal yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) di bawah inisiatif baharu yang dilaksanakan di bawah program BINGKAS.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Syarat Kelayakan
Bantuan ini diperuntukkan untuk keluarga dan ibu tunggal, termasuk yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) sebelum ini.
Syarat kelayakan lanjut akan diperincikan dan diumumkan dalam masa terdekat.
Cara Memohon BINGKAS
Cara memohon bantuan ini akan diumumkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman Facebook Rasmi Menteri Besar Selangor Amirudin Shari atau Media Selangor.