Advertisements

BISTARI: Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah

Advertisements

BISTARI merupakan satu program Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah yang diwujudkan menggalakkan ibu bapa.

Bantuan ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada akhir tahun 2021 dengan memperuntukkan dana sehingga RM5 juta.

Program bantuan ini juga menunjukkan komitmen kerajaan negeri Sabah terhadap pembangunan modal insan rakyatnya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program BISTARI ini.

Kadar Bantuan

Bantuan yang di berikan berjumlah RM100 dalam bentuk tabung simpanan yang akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Tarikh Permohonan BISTARI

Tarikh permohonan dibuka sepanjang tahun ini iaitu dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Baca juga: [email protected] Sesi Mei 2022: Bantu Graduan Jadi Usahawan

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan

Ibu bapa yang berminat untuk kemukakan permohonan perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  • Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah
  • Simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

Cara Memohon

Terdapat 2 kaedah permohonan yang ibu bapa boleh lakukan iaitu

  1. Secara atas talian di portal rasmi permohonan BISTARI
  2. Secara manual dengan memuat turun borang permohonan BISTARI. Pemohon mestilah melengkapkan borang beserta dokumen sokongan dan hantar ke alamat berikut:
    • Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
      Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
      Jalan UMS, Teluk Likas
      88400 Kota Kinabalu, Sabah

Dokumen Sokongan

Berikut merupakan dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan:

  • Sijil lahir bayi
  • Kad pengenalan ibu bapa

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai bantuan BISTARI, boleh menghubungi talian 088-369872/012-8662419 atau layari laman Facebook rasmi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.