Advertisements

BKM 2022: Cara Memohon Dan Jumlah Bantuan

Advertisements

Bajet 2022 atau Belanjawan 2022 telahpun di bentangkan oleh kerajaan baru-baru ini dan antara yang disentuh adalah bantuan yang terbaru iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022).

Bantuan BKM 2022 ini mengfokuskan bantuan kepada beberapa kategori dan kumpulan sasar yang layak sehingga RM2,000.

Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding RM1,800 yang diberikan pada Bantuan Prihatin Rakyat pada tahun ini.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM8.2 bilion untuk memanfaatkan 9.6juta penerima.

Baca juga: Belanjawan 2022: Intipati Penuh & Senarai Bantuan Yang Diumumkan

Jumlah Bantuan BKM 2022

Melalui pembentangan Bajet 2022 atau Belanjawan 2022, jumlah bantuan yang akan diberikan adalah berdasarkan kepada empat kategori yang dimaklumkan seperti di bawah:

1 – Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • RM2,000 : Lebih 3 Anak
  • RM1,500 : 1- 2 Anak
  • RM1,000 : Tiada Anak

2 – Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan

  • RM800 : Lebih 3 Anak
  • RM600 : 1- 2 Anak
  • RM400 : Tiada Anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:

  • RM300 : Warga Emas
  • RM500 : Ibu / Bapa Tunggal Dengan Tanggungan

3 – Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan : Kurang Daripada RM5,000

  • RM600

4 – Bujang Pendapatan Kurang RM2,500

  • RM350

Cara Memohon BKM 2020

Cara memohon BKM 2022 belum diperincikan lagi oleh kerajaan dan dijangka akan diperhalusi pada tahun 2022.

Seperti tahun ini kebanyakan bantuan yang diberikan kerajaan adalah berdasarkan kepada data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Baca juga: GCR 2021: Cara Kira GCR (Gantian Cuti Rehat)

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran adalah pada tahun 2022 selepas kesemua pemohon sama ada dari individu atau keluarga yang layak dikenalpasti.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BKM 2022, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.