Advertisements

BKSS 6.0 Peniaga (2021): Semakan Bayaran RM750 Disember Fasa 2

Advertisements

Kerajaan Sarawak sebelum ini telah memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion bagi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) yang bakal diberikan kepada mereka yang layak secara berperingkat.

Program BKSS 6.0 ini bertujuan untuk meneruskan kelangsungan bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat akibat langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD dan PKPB yang dilaksanakan sebelum ini.

Antara salah satu bantuan yang diberikan adalah BKSS 6.0 Peniaga dan Penaja yang akan mendapatkan bantuan sebanyak RM1500 secara berperingkat.

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran & semakan kelulusan serta pembayaran BKSS 6.0 untuk Peniaga / Penjaja bagi tahun 2021.

Syarat Dan Kriteria Pemohon BKSS 6.0 Peniaga

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak berkata penerima BKSS sebelum ini tidak perlu memohon permit tetapi perlu mengemaskini status akaun SarawakPay mereka.

Bagi penjaja dan peniaga kecil berlesen, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mendapatkan maklumat mereka terus dari sistem pelesenan sedia ada.

Manakala, bagi peniaga dan penjaja tidak berlesen pula, untuk melayakkan perniagaan mendapat bantuan BKSS 6.0, perniagaan anda perlu memenuhi syarat dan kriteria di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Warga Sarawak yang menetap dan berniaga di Sarawak, berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohon mestilah peniaga yang pernah mengendalikan gerai sebelum 1 Jun 2021.
  3. Penjaja, peniaga kecil baharu tidak berlesen boleh mohon BKSS selewatnya 30 Jun 2021.
  4. Stall yang beroperasi di dalam Kedai Kopi adalah layak memohon dengan melampirkan dokumen pengesahan berkaitan dengan perniagaan.
  5. Perniagaan atas talian (online) adalah TIDAK LAYAK untuk memohon.
  6. Peniaga hendaklah berdaftar dan mempunyai permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.
  7. Tempoh sah permit adalah dari bulan Jun sehingga November 2021, tanpa sebarang bayaran permit (RM30.00) dikenakan sepanjang tempoh sah ini.
  8. Semua maklumat yang diberikan oleh pemohon hendaklah tepat dan benar. Sekiranya terdapat maklumat palsu, permohonan akan dibatalkan. PBT berhak membatalkan permit tersebut sekiranya permit telah dikeluarkan.
  9. PBT berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa prejudis dan segala rayuan tidak akan dilayan.
  10. Pembayaran untuk BKSS adalah melalui Sarawak Pay.

Baca juga: Permohonan JOPAC Fasa 2: Bantuan Packet Food & Delivery Services

Cara Mohon BKSS 6.0 Peniaga

Bagi penerima BKSS 6.0 sebelum ini tidak perlu memohon sekali lagi namun hanya perlu mengemas kini akaun SarawakPay sahaja.

Bagi mereka yang sudah mendaftarkan permit perniagaan di PBT juga hanya perlu mengemas kini status akaun SarawakPay mereka di PBT.

Bagi mereka yang tidak berlesen atau permit perlu menjalani langkah di bawah ini:

Daftar Permit

  1. Layari laman web https://community-service.sarawak.gov.my/
  2. Tekan menu ‘Borang Permohonan Permit’
  3. Isikan maklumat yang disediakan (Ruangan bertanda * wajib diisi)
  4. Sertakan lampiran yang disenaraikan seperti di bawah.
  5. Tick butang ‘Setuju’
  6. Tekan butang ‘Hantar’

Daftar SarawakPay

  1. Muat turun Aplikasi SarawakPay.
  2. Daftar akaun dengan aplikasi SarawakPay.
  3. Selesai daftar SarawakPay, mohon permit bantuan BKSS 6.0 di laman di bawah:
    BORANG PERMOHONAN PERMIT BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS) 2021
  4. Selesai mendaftar, tunggu keputusan sama ada permohonan anda layak atau tidak.
  5. Boleh semak keputusan permohonan di laman di bawah dengan memasukkan no kad pengenalan anda:
    SEMAK STATUS PERMOHONAN BKSS

Baca juga: Semakan Bantuan One-Off Asnaf Negeri Kelantan

Tarikh Dan Jumlah Bayaran BKSS 6.0 Peniaga 2021

Jumlah bantuan yang diberikan untuk peniaga dan penaja melalui program BKSS 6.0 Peniaga ini adalah sebanyak RM1500 yang dibayar secara berperingkat.

Bagi pemohon yang telah mendapat status LULUS, anda akan terima bayaran bantuan pada:

  • Bayaran pertama dikreditkan pada Julai 2021.
  • Bayaran kedua dikreditkan pada Disember 2021.

Pembayaran untuk BKSS 6.0 Peniaga akan disalurkan melalui SarawakPay.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang permohonan permit BKSS 6.0 2021, boleh hubungi nombor di talian 082-555 999 atau email [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.