Advertisements

BKSS 9.0: Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Advertisements

BKSS 9.0, Bantuan Khas Sarawakku Sayang kini teruskan lagi dan kini memasuki siri ke 9 di mana ianya melibatkan lima pakej bantuan berjumlah RM1 bilion seperti yang diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Lima pakej bantuan tersebut terdiri daripada empat langkah sedia ada dan satu langkah tambahan yang akan dilaksanakan dalam tempoh bermula Julai sehingga Disember 2022.

5 pakej BKSS 9.0

Langkah Pertama: Diskaun bil eletrik

Kerajaan Sarawak akan meneruskan inisiatif pemberian diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri termasuklah pengusaha dan peruncit makanan mulai Julai hingga Disember 2022.

Diskaun ini akan memberi manfaat kepada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil elektrik ini berjumlah RM201.76 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

Langkah Ke-2: Diskaun bil air

Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri diteruskan mulai Julai hingga Disember 2022. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak.

Kos keseluruhan diskaun bil air ini berjumlah RM35.34 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

Langkah Ke-3 : diskaun 25% dan 30% untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan

Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 500,000 premis di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sekaligus meringankan beban rakyat dan peniaga di Sarawak.

Keseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM54.0 juta

Baca juga: 6 Berita Gembira Diumum PM Untuk Penjawat Awam

Langkah Ke-4: diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2022. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang berdaftar yang menyewa pasar dan
gerai di bawah PBT dan badan-badan berkanun.

Keseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM1.73 juta.

Langkah Ke-5: Additional Construction Materials Under The Provisions For Variation of Price (VOP) 2.0

Kenaikan harga bahan binaan telah memberi kesan buruk kepada pemain dalam industri binaan. Sebagai usaha ke arah mengurangkan penurunan margin yang dihadapi oleh kontraktor dan memastikan projek Kerajaan siap pada masa sukar ini, Kerajaan Sarawak di bawah BKSS 9.0 telah memulakan Variation of Price (VOP) 2.0 untuk menampung kenaikan harga bahan binaan untuk semua projek di Negeri yang dibiayai.

Kerajaan Sarawak sentiasa memikir dan melaksanakan langkah-langkah terbaik untuk membantu rakyat agar memberi manfaat kepada semua golongan.

Sumber Lanjut: TVSTV

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.