Advertisements

Boleh Buat Pasport Secara Walk-In Selepas 9 Mei

Advertisements

Jika sebelum ini jika anda ingin membuat paspot, anda perlu membuat temu janji melalui sistem temu janji dalam talian (STO).

Namun bersempena dengan pengumuman kelonggaran SOP yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, rakyat Malaysia yang ingin memohon dan memperbaharui Pasport mereka boleh berbuat demikian secara ‘walk in’.

Ia berikutan, keputusan Jabatan Imigresen memansuhkan perkhidmatan berkenaan bermula tarikh berkenaan di semua pejabat pengeluar pasport di beberapa negeri di luar Lembah Klang.

Pemansuhan tersebut dibuat akibat peningkatan permintaan untuk permohonan PMA ini menyebabkan berlaku kesesakan dalam Sistem Temujanji Online Jabatan Imigresen di beberapa pejabat pengeluar pasport di seluruh negara sejak pembukaan sempadan pada April lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata bagi semua pejabat pengeluar pasport di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan Negeri Sembilan serta Melaka, pemansuhan STO bermula pada 16 Mei ini.

Beliau berkata, pemohon yang sudah menerima tarikh janji temu melalui STO mulai 16 Mei tidak perlu lagi mematuhi tarikh yang diberikan itu.

Bagaimanapun, Pejabat Pasport Putrajaya hanya akan memproses permohonan yang dibuat dalam talian dan hanya pemohon yang sudah menerima notifikasi melalui e-mel sahaja akan diberi perkhidmatan

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Cara Tebus 60 Hari Percuma Langganan Rancangan ‘Pack’ Terpilih Astro

Selain memansuhkan STO, Khairul Dzaimee berkata, semua pejabat pengeluar pasport di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka akan beroperasi pada Sabtu mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari, bermula pada 14 Mei.

Beliau berkata, waktu pengoperasian kaunter Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru pula akan dipanjangkan sehingga jam 10 malam bermula pada 16 Mei ini.

“Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan permohonan PMA tanpa perlu melalui STO seperti di Putrajaya iaitu semua permohonan bawah kategori baharu, warga emas, orang kurang upaya (OKU), pelajar, kanak-kanak dan pemohon yang akan menunaikan haji boleh terus hadir ke kaunter.

Berikutan perubahan itu, Khairul Dzaimee berkata, orang ramai digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pejabat pengeluar pasport di cawangan yang lebih berdekatan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.