brim 2018

Semakan BRIM 2018 Status Permohonan & Jadual Bayaran Terkini

Untuk makluman anda, pendaftaran BRIM 2018 kini dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018. Tempoh lanjutan tersebut diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri melalui Twitter rasmi beliau pada 4 Januari lalu. Semakan BRIM 2018 boleh dibuat di portal rasmi eBR1M.

Dianggarkan sebanyak 7 juta rakyat Malaysia akan menikmati pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan kadar maksimum RM1,200.

Kemaskini / Permohonan

Urusan kemaskini BRIM wajib dibuat sekali dalam tempoh 3 tahun. Contohnya bagi penerima BR1M 2014 yang tidak mengemaskini permohonan sehingga BR1M 2017 perlu membuat permohonan baru pada BR1M 2018.

Bagi yang pertama kali ingin memohon BR1M tahun ini, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut sebelum mengemukakan permohonan:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018

Sekiranya layak, permohonan BRIM 2018 boleh dibuat sama ada dengan mengisi borang di kaunter LHDN atau mengisi borang secara online di portal rasmi eBR1M.

Setiap permohonan baru (termasuk online) perlu mengemukakan bersama beberapa dokumen berikut untuk pengesahan pihak LHDN, antaranya:

  • Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • MyPR / MyKAS / Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau dokumen perjalanan seperti pasport dan Visa bagi pasangan / tanggungan bukan warganegara Malaysia.
  • Salinan pembuktian status perceraian / kematian pasangan bagi status Ibu Bapa Tunggal / Balu /Janda / Duda (jika berkaitan). Sijil perceraian pemohon yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau JPN

Terdapat 3 kategori permohonan BR1M iaitu:

  • Kategori 1: Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Kategori 2: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.
  • Kategori 3: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Sila mohon mengikut kategori masing-masing. Pihak LHDN berhak untuk menyemak segala info berkaitan pemohon di Jabatan Kerajaan bagi tujuan pengesahan. Jadi peluang untuk menipu LHDN adalah sangat tipis.

Jadual Bayaran BR1M 2018

Pemberian BRIM 2018 akan dimulakan pada bulan Februari nanti. Berikut adalah jadual rasmi tarikh BRIM masuk:

KategoriJumlah Bayaran (RM)Bayaran Pertama (Feb)Bayaran Kedua (Jun)Bayaran Ketiga (Ogos)
1450450
2900300300300
31,200400400400

Semakan BRIM 2018

Semakan status permohonan BRIM boleh dibuat portal rasmi eBR1M.

Caranya masukkan nombor kad pengenalan dan jawab beberapa soalan yang ditanya, kemudian keputusan permohonan akan dipaparkan seperti dalam gambar di bawah:

semakan status permohonan br1m 2018

Nota Penerangan Status Permohonan

  • Didaftarkan: Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
  • Diterima: Permohonan Telah Dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
  • Dalam Proses: Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
  • Ditangguhkan: Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan semasa tempoh rayuan
  • Lulus: Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  • Tidak Lulus: Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
  • Status Kredit Tidak Berjaya: Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Sekiranya permohonan anda gagal, sila hubungi LHDN untuk membuat rayuan semula. Berikut antara sebab kenapa permohonan BR1M anda ditolak:

  1. Maklumat tanggungan yang tidak tepat.
  2. Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin.
  3. Memohon lebih dari satu kali (suami/isteri membuat permohonan berasingan).
  4. Tidak menyertakan dokumen pengesahan status penceraian atau kematian pasangan.
  5. Pelajar yang layak menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia bagi sesi 2017/2018.
  6. Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan makan gaji.
  7. Pemohon yang menetap / bekerja / belajar di luar negara.
  8. Penerima BR1M sejak 2015 yang tidak mengemaskini maklumat bagi tempoh 3 tahun.
  9. Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama, nombor kad pengenalan dan status perkahwinan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus berurusan dengan LHDN atau hubungi talian hotline BR1M di nombor 1-800-88-2716.