Advertisements

BUDI Sabah : Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2022 Sehingga RM2,000

Advertisements

Untuk makluman, Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah telah membuka permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) kepada anak-anak Negeri Sabah.

Bantuan ini akan diberikan secara tunai kepada anak-anak Negeri Sabah yang ingin membuat pendaftaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun 2022.

Tawaran bantuan BUDI ini dibuat untuk mereka yang bakal memasuki peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi dan Ijazah Sarjana Muda.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat tentang bantuan BUDI untuk anak-anak Negeri Sabah.

Baca juga : Program Technical Enrichment Energy Program (TEP) di INSTEP

Kadar Bantuan Tunai

Berikut adalah kadar bantuan tunai yang akan diberikan kepada pemohon :

  • RM1,500 bagi Peringkat Diploma/Asasi/Matrikulasi.
  • RM2,000 bagi Peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan bantuan BUDI :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pangajian Tinggi Awam atau Swasta Tahun 2022 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
  • Pemohon hendalah warganegera Malaysia berasal dari Negeri Sabah.
  • Berumur tidak lebih 25 tahun.
  • Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40.
  • Pemohon telah mendapat pengesahan kemasukan ke IPT.

Cara Permohonan

Berikut adalah langkah-langkah permohonan :

  • Layari laman web di pautan https://budi.sabah.gov.my/.
  • Tekan butang ‘Permohonan.’
  • Tekan butang ‘Daftar’ di sebelah kanan paparan.
  • Isi maklumat dengan lengkap dan tekan butang ‘Daftar.’
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  • Isi maklumat yang diperlukan.
  • Kemudian sediakan dokumen sokongan.
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan surat beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
  • Salinan slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung (disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung).
  • Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/Diploma.
  • Salinan Surat Tawaran kemasukan ke IPT pemohon.
  • Salinan muka depan penyata akaun pemohon.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan juga maklumat lanjut mengenai bantuan BUDI, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah di talian 088-369 872.

Baca juga : MAIJ- Tawaran Skim Bantuan Zakat Pendaftaran Pelajar IPT Johor 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.