Bulan Ramadan seharusnya menjadi bulan kita mengumpul pahala dengan melakukan amal kebaikan.
Namun lain pula kisahnya bagi seorang wanita ini apabila mendapat tahu tentang kecurangan suaminya pada hari pertama menyambut Ramadan.
Video ini menjadi tular selepas dimuatnaik di Tiktok oleh seorang wanita yang bernama Nur Syuhadah. Video yang berdurasi 1 minit 46 saat itu telah menjadi bualan hangat pelayar media sosial selepas mendengar reaksi yang menjengkelkan suami yang mengejek isterinya selepas ditangkap curang.
Ujar Syuhadah, dia sudahpun menuntut cerai dan menerusi video tersebut, ini bukanlah kecurangan yang pertama sepanjang perkahwinan mereka walaupun baru sahaja berkahwin pada bulan Februari lalu.
Malah, bekas suaminya pernah beristeri dan bercerai tidak lama kemudian disebabkan oleh wanita yang sama.
Rata-rata pengguna Tiktok yang membanjingi ruangan komen video tersebut menyelar tindakan lelaki itu kerana mempersendakan nama Allah selepas isterinya mendapat tahu kecurangannya.
“Sebenarnya taktahu nak bagi alasan apa, sebab tu dia marah-marah,”
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
“Takutnya, dah kahwin cerai banyak kali sebelum ni. Macam something wrong je,”
“Cerai je dengan lelaki macam ni. Sejenis cakap tak fikir dulu,”
Ada juga yang meluahkan perasaan ‘gerun’ melihat reaksi lelaki itu setelah ‘kantoi’ di mana rata-ratanya beranggapan bahawa bekas suami wanita itu sudah tidak tahu untuk memberi alasan apa kerana sememangnya bersalah.
Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak baik dan dipelihara aib kita.