Mulai 1 Februari 2022 tahun depan, caj transaksi RM1 akan berkuatkuasa semula bagi setiap pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang melibatkan beberapa buah bank di negara ini.
Baca juga: Cara Buat Kad Debit / ATM Maybank Guna Gambar Sendiri
Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak CIMB Malaysia di laman sosial memaklumkan bahawa akan mengenakan caj transaksi RM1 mulai 1 Februari 2022.

Sementara itu, Maybank dalam kenyataan di akaun Facebook juga membuat pengumuman yang sama bahawa caj transaksi RM1 juga akan dikenakan mulai awal Februari tahun depan.

Namun begitu pelanggan Maybank masih lagi boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj* di mesin ATM Maybank-Maybank.
Terdapat beberapa bank lain yang turut mengumumkan mengenai caj pengeluaran RM1 antaranya adalah Citibank dan Kuwait Finance House (KFH).
Sementara itu, rata-rata warganet merasa terkejut akan pengumuman berkenaan kerana menganggap perlaksanaan ini dilakukan secara mendadak sedangkan negara masih lagi dibelenggu Covid-19.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Sumber: MAYBANK & CIMB BANK
Baca juga:
- Tutorial Cara Keluarkan Duit ATM Tanpa Menggunakan Kad
- Ketahui Cara Bayar Saman Trafik PDRM Melalui ATM Maybank
- Permohonan RPEL: Program Peningkatan Kerjaya Vateran ATM