Advertisements

Cara Basuh Uri Dengan Betul – Penting Untuk Yang Bakal Jadi Bapa!

Advertisements

Penantian cahaya mata pertama bagi pasangan yang baru berkahwin selama 9 bulan sangat dinanti-nantikan. Yelah kan, anak pertama setelah berkeluarga!

Sebagai bakal ibu, pasti pelbagai persediaan seperti baju, lampin, sabun, tilam bayi untuk menyambut bayi baharu sudah tersedia seawal bulan pertama disahkan mengandung.

Sebagai bakal bapa pula, pasti teruja apabila dapat menjadi orang pertama yang akan melaungkan azan dan iqamat di telinga bakal anak nanti.

Selain itu, antara perkara utama yang perlu anda tahu kepada anda yang bakal menjadi bapa ialah cara basuh uri dengan betul. Ikuti langkahnya di bawah.

Baca juga: Cara Solat Jamak Qasar

Cara Basuh Uri Dengan Betul

1 – Sediakan Barang Penting Untuk Basuh Uri

Ada 3 perkara utama di sini:

  1. Garam
  2. Asam Jawa
  3. Kain putih dan tali

2 – Keluarkan uri dari bungkusan hospital

Hospital akan membungkus dengan plastik berikat getah dan dibalut dengan kertas kalis air (warna hijau seperti di gambar).

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

4 – Letakkan uri ditempat air sesuai

Keluarkan uri dari bungkusan hijau dan plastik hospital dan alas uri di atas plastik. Letakkan uri di tempat rata dan mudah untuk air mengalir.

Basuh uri dimulakan dengan bacaan basmallah dan alirkan air ke atas uri tersebut.

5 – Tekan uri untuk keluarkan darah

Tekan uri untuk keluarkan darah supaya ianya bersih dari darah. Cucur air sehingga kurang darah yang keluar.

6 – Campuran bahan lain untuk hilangkan bau

Ambil sedikit garam dan asam jawa dan lumurkan pada uri.

7 – Bilas sehingga bersih

Bilas uri dengan air bersih sehingga tiada lagi darah dan bau hanyir darah kurang.

8 – Letakkan uri di atas kain putih

Sediakan kain putih dan seutas tali yang sesuai untuk mengikat kain tersebut nanti.

Bentangkan kain putih dan letakkan uri yang siap dibasuh ke atas kain putih.

9 – Letakkan sedikit garam dan asam jawa diatas uri dan balut

Letakkan sedikit garam dan asam jawa di atas uri. Balutkan uri dengan kain putih dan ikat dengan ketat dan kemas.


10 – Gali lubang 1.5kaki ke dalam dan masukkan uri

Gali lubang sedalam kira-kira 1.5 kaki di tempat yang selamat seperti di halaman rumah atau depan rumah.

Masukkan uri ke dalam lubang dengan membaca basmallah.

11 – Timbus dan tindih dengan benda berat

Timbus tanah dan ratakan. Kemudian letakkan sesuatu benda yang berat seperti pasu atau bumbung supaya tidak diganggu oleh anjing atau sebagainya.

Sumber: Facebook

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.